Wednesday, November 4, 2015

Singapore Trip

Assalamualaikum & haluuu!

Entry kali ini nak share pasal trip ke Singapore. Tapi sebelum masuk Singapore, kami singgah bermalam di Johor Bahru dulu. Kalau dah pergi JB, mestilah singgah Johor Premium Outlet (JPO). Hehe. Sebenarnya, dari Kuala Lumpur, singgah JPO terus. Lepas shopping (sikit) dan makan, terus ke Bandaraya Johor Bahru untuk check in hotel. Pilih Citrus Hotel JB sebab murah (for one night stay only), dalam town dan berdekatan dengan Tambak Johor. Mudah nak masuk Singapore esoknya. Lepas Asar, kami keluar pusing-pusing di Danga Bay. Lepas dinner, balik hotel dan tidur.


Melawat Masjid Sultan Abu Bakar.

Cantik masjid ni.

Tak masuk pun zoo. Tengok-tengok dari luar jek.

Sunset in Johor Bahru.

1 Februari, check out dari hotel dan bergerak ke meeting point berhampiran JB Sentral. Tunggu kawan husband sampai dari KL. Ada dua kereta (dua family). We travelled to Singapore by car. Urusan di CIQ agak lama memandangkan banyak kereta nak masuk ke Singapore. Sampai di CIQ Singapore, perlu dapatkan Autopass di pejabat di situ. Autopass perlu bagi sesiapa yang bawa kereta di Singapore sebab amount akan ditolak dari autopass setiap kali melalui expressway. Boleh google laa ye pasal Autopass ni. Hehe. Semuanya urusan di CIQ Singapore berjalan lancar. Terus kami ke tempat penginapan sepanjang 3 hari 2 malam di Singapore. Urusan penginapan diuruskan oleh kawan husband yang berkahwin dengan orang Singapore. Kami menginap di Netheravone Terrace, Aloha Changi Resort. Rumah penginapan dua tingkat yang mempunyai 3 bilik. Terlupa nak ambil gambar persekitaran dan dalam rumah. Boleh visit https://www.aloharesorts.com.sg/home/aloha-changi/netheravon-terraces/ untuk maklumat lanjut.

Singapore city centre.

Selesai solat, kami bergerak untuk makan tengah hari di Restoran Hajah Maimunah yang terletak di Joo Chiat Road. Rasanya kalau orang Malaysia ke Singapore mesti singgah makan kat sini, kan? Cuma bila bawa kereta, susah sikit laa nak cari parking. Selesai makan tengah hari, kami memulakan aktiviti di sana dengan ke Gardens by The Bay. Berjalan dan bergambar di sekitar situ. Dari situ boleh Nampak Marina Bay Sands Hotel yang unik tu. Kami stay kat situ untuk saksikan Garden Rhapsody di kawasan Supertree Grove. Apa itu Garden Rhapsody? It’s light show. Lampu-lampu pada pokok bertukar warna mengikut rentak muzik yang dimainkan. It was a beautiful show! Kalau ke Singapore, this is a must do thing, ok? Hehe. 





Then we went for dinner at Lau Pa Sat. It’s hawker’s food centre. Lau Pa Sat juga dikenali sebagai Telok Ayer Market. Dah tak ingat makan apa. Haha. Tapi macam tak beza sangat pun makanan Singapore dan Malaysia. Harga yang berbeza sangat! Haha. After dinner, we drove to Merlion Park located at One Fullerton. Terpaksa jumpa merlion waktu malam sebab esok the whole day di USS. Bergambar dan menikmati pemandangan malam yang berwarna warni. Hehe. Dari situ kami bergerak balik ke rumah penginapan. Day one in Singapore, done!


Beautiful night view.
2 Februari, bangun dan bersiap. Agak mengantuk memandangkan semalamnya tak dapat tidur lena. Ter-psiko diri sendiri fikir macam-macam sebab rumah tu bangunan lama. Ala-ala English gitu. Belakang perumahan ni pulak Hospital Changi yang usang lagi terbiar. Haha. Padahal tadek apa-apa berlaku pun sepanjang 2 malam kat rumah tu. Psiko lebih! Ok, sambung. Bangun dan sarapan beramai-ramai di rumah. Then berkonvoi ke Universal Studio Singapore (USS). Kami sampai sana agak awal. Dan hari Isnin! Maka tak ramai orang kat USS. Seronok betul. Tak payah queue lama-lama nak main kat situ. Macam-macam permainan kami main. Terpaling best mestilah Transformers The Ride. Hehe. Kalau nak ke USS, dicadangkan pergi masa weekdays. Selesa dan tak berebut-rebut. Lama kami dalam USS. Dari pagi sampai Maghrib jugaklah. Keluar dari USS, kami ke rumah keluarga mertua kawan suami untuk dinner. Lepas dinner kononnya nak berjalan ke area Mustafa Centre sebab katanya mall tu buka 24 hours. Tapi masing-masing kepenatan dah. So, pulanglah kami ke rumah untuk tidur. Day two in Singapore hanya dihabiskan di USS sahaja.


USS entrance.




The best!

Friends.

Group photo!

3 Februari, hari terakhir di Singapore. Selesai breakfast dan check out, kami bergerak ke Mustafa Centre yang terletak di Syed Alwi Road. Apa yang best Mustafa Centre ni? Sama je macam malls di KL tu. Tapi, perfume murah-murah kat sini. Walau pun convert RM, still harga tu murah dari kat Malaysia. Apa lagi, boronglah segala perfume dan lotion buat stock setahun dua. Haha. Kami sempat tukar baki Singapore Dollar to RM kat sana. Dapatlah lebih sikit daripada tukar masa dah balik KL. Hehe. 

Borong perfume kat sini tau. Hehe.
Settle kat sana, kami pun bergerak balik. Once masuk jek Johor, terasa seronok dapat kembali ke Malaysia tercinta. Bukan apa, kat Singapore tu banyak sangat pantang larang. Lepas pukul 10 malam tak boleh  buat bising. Nanti jiran call polis ye. Contohhh. Opss!. Haha. Apa-apa pun, trip to Singapore adalah menarik. Kadang-kadang bila kita travel ke negara orang, kita akan lebih ingat dan sayang negara kita. Kan?


Will we visit Singapore again? Yes, definitely. Tapi mungkin kena tunggu lagi 5 tahun. Hehe. Byeee!


2 comments: