Monday, January 28, 2013

Family Trip To Kota Kinabalu, Sabah - Part 2

Assalamualaikum & haluuu!

Mari, mari! Ini adalah sambungan kepada 'Family Trip To Kota Kinabalu, Sabah' (silalah klik kalau sudi. Hehe).

Hari Kedua - 15 Julai 2012 (masih hari kedua)

Seterusnya, perjalanan disambung lagi ke tempat yang I paling look foward dalam tour nih. Mount Kinabalu Park. Yeayy, sampai jugak di Gunung Kinabalu walaupon tak mendaki. In shaa Allah, one day I akan mendaki gunung nih jugak. Impian tuh. Dari Pekan Nabalu dah tak jauh sangat nak sampai ke Mount Kinabalu Park nih. Sebelum tuh, I share lagi gambar di Pekan Nabalu.

Owhh, nak share jugak komen Don. Dia cakap bentuk gunung tuh macam muka orang yang tengah baring terlentang (muka menghadap ke atas). Meh kita tengok gambar bawah nih, dari kiri ok. Nampak kan macam dagu, mulut, hidung, mata, dahi dan rambut. Kalau u'ols tak nampak memang laaa. Hehe. 





Ok, mari sambung perjalanan ke Mount Kinabalu Park. Sampai kat sana, Don uruskan bayaran masuk dan bawak kami ke pintu masuk. Masa sampai, I terkejut nampak ada mayat atas stretcher. Rupanya ada pendaki baru meninggal. Chinese man yang berumur 60 tahun lebih. Menurut cerita Don yang dapat maklumat daripada mountain guide, uncle tuh sesak nafas masa kat KM 1 lagik. Agak scary, tapi nasib diorang tutup dah mayat tuh. Maybe dia ada sakit jantung agaknya. Huhu.

 Amsyar khusyuk dengar Uncle Don bercerita. Hehe.


According to Don, ada dua pintu masuk ke Gunung Kinabalu. Satu melalui Timpohon, dan satu lagik melalui Mesilau. Kat Pondok Timpohon nih boleh naik atas balkoni untuk bergambar dan lihat pemandangan sekeliling. Cantik dan menenangkan.



Almost 1 hour kami kat Mount Kinabalu Park. Ada macam muzium or bilik pameran yang menceritakan pasal Gunung Kinabalu. Kami singgah tengok-tengok jugak. Masa kami nak bergerak dari tempat nih, Don bagitau dia nak bawak lunch. Tapi sebelum tuh singgah dulu kat Kundasang War Memorial. Tak sampai setengah jam perjalanan dari Mount Kinabalu Park ke memorial nih.



Dalam Kundasang War Memorial nih ada 4 taman, English Garden, Australian Garden, Borneo Garden dan Contemplation Garden. Memorial nih dibina untuk memperingati Australians and British Prisoners yang mati semasa World War II. Dalam memorial nih ada bilik tayangan video bagi yang nak tengok sejarah berkaitan. Kami tak masuk pon. Just jalan kat taman-taman jek.





Seterusnya, makan time! Kami dibawa untuk lunch di The Cottage Hotel, Kundasang. Macam-macam jenis makanan dan sedap. Tapi paling banyak sayur laa sebab kawasan tuh banyak ladang sayur. Hehe. Tapi, maaflah. I tak teringat nak ambik gambar makanan. Semua lapaq sangat dah time tuh. Heh. Kami solat kat situ. Hotel tuh tadek surau, tapi u'ols tanya jek kat receptionist. Cakap nak solat, nanti dia bagi kunci bilik hotel untuk solat. No worries.

Lepas makan dan solat, kami bergerak ke tempat seterusnya, Poring Hot Spring Recreation Area. Dari Kundasang kami dibawa ke Ranau. Apa yang menarik kat tempat nih ialah Canopy Walk dan kolam air panas. Kami semua kecuali Mak I, Angah dan Amsyar mendaki trail or canopy walkway yang sepanjang 157.8 meter dan merentasi (chewahh) titi gantung berketinggian 41 meter. Kat situ laa baru I tau Ayah I sebenarnya gayat. Punya la kuat Ayah pegang titi tuh. Tapi I pon takut jugak sebab tinggi dan bergoyang-goyang kan. U'ols boleh refer website Sabah Tourism untuk tau harga bayaran masuk ke tempat nih.






Masa kat Poring Hot Spring, hujan dah mula turun membasahi bumi Sabah. Don bawak kami ke tempat seterusnya dan tempat terakhir untuk tour hari ini. Tempat nih namanya 'Tagal' Sungai Moroli Fish Spa, Kampung Luanti, Ranau. Dalam kereta masa on the way ke sana Don bagitau yang ini fish spa semulajadi punya. Ikan pon bukan ikan kecik-kecik macam fish spa kat shopping mall tuh. Nih fish spa ikan kelah kat sungai. Ikan kelah tuh pulak saiz semua besar-besar lengan. Haha. Ayah dengan suami siap buat lawak, kang tinggal tulang jek sebab isi semua ikan dah makan. Haha. Tapi hujan semakin lebat. Sampai jek kat tempat tuh, orang yang jaga cakap fish spa tutup sebab air sungai naik. So, tadek rezeki laa ikan-ikan kelah tuh semua nak rasa daki-daki orang Shah Alam nih. Hahaha. Euww! 

Gambar diambil dari website Sabah Tourism.

Sebab tak dapat ke fish spa, kami buat plan B ke Sabah Tea Garden yang berhampiran dengan Sungai Moroli nih jugak. Duduk minum teh panas sambil borak-borak. Dah laa hujan makin lebat masa tuh. Memang kena laa plan B nih. Hehe. Kat sini boleh borong teh Sabah bawak balik semenanjung. 

Kami menamatkan tour kami di Sabah Tea Garden dan pulang ke Kota Kinabalu. Sampai KK dalam pukul 7pm lebih. Mintak Don drop kami kat Pasar Malam Kampung Air untuk last minutes shopping sebab esoknya dah nak balik. Makan malam dan pulang ke hotel.


Hari Ketiga - 16 Julai 2012 

Hari nih kami turun breakfast, jalan-jalan tepi laut kat area Pasar Filipino dan rehat-rehat kat hotel jek. Pukul 11am ambil teksi ke Airport. Flight balik ke KL pukul 12.30 tengah hari. Ahli rombongan I semua cakap diorang puas hati dan seronok sepanjang percutian nih. Alhamdulillah. I pon seronok kalau semua seronok. Hehe.

Sebenarnya, kalau ikutkan I nak masukkan Tip of Borneo, Ladang Lembu Desa Cattle dan Kudat dalam itinerary trip ke KK tuh. Tapi masa tak mencukupi. Kalau tengok pon, hari kedua jek kami jalan-jalan. Takpe, in shaa Allah kalau ada rezeki boleh datang Sabah lagi. Hehe.

Ohh, sebelum I terlupa. I nak share dengan u'ols contact number driver yang I ambik untuk trip nih. Kalau u'ols plan nak gunakan khidmat driver and tourist guide, I sangat rekemen both of them. Diorang peramah, baik dan flexible. In shaa Allah trip u'ols akan mudah dan seronok.

James Bong - 014 5610078 - u'ols boleh call dan mintak James email itinerary complete dengan harga.
Don - 012 8205737/ 012 8353516/ cdmai5@yahoo.com - dengan Don pon u'ols boleh liaise terus sebab dia freelancer driver cum tourist guide.

Tamatlah kisah Family Trip To Kota Kinabalu :)

19 comments:

  1. askm. sgt membantu info yang diberikan. saya plan ke sabah bln 9 nanti. ade tak hotel yang lain selain novotel yang berdekatan dgn psr mlm filipino

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. I stayed at Cititel Express. Novotel I tak sure. Kalau plan nak pergi ramai, bole sewa kat Promenade Apartment. Try search. Hotel yang btol2 dpn dgn pasar filipino tuh Le' Meridian. Harga agak mahal, tapi mmg dpn2 pasar laa. Hehe. Selamat bercuti ke KK :)

      Delete
  2. askm. info yang diberikan sgt membantu. ade x hotel yang lain selain novotel yang brdktn dgn psr mlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Rasanya nih org yg sama komen di atas kan? :)

      Delete
  3. salam..nak tanya..bayaran tour guide RM140 tu sehari atau sepanjang berada di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Bayaran tuh untuk tour sehari tuh jek sb kitorang jalan-jalan aritu jek.

      Delete
  4. erm lagi satu nak tanya..pasal booking hotel tu, thru online ke? mcm mana nk dapat diskaun gov rate tu? ke kene call hotel untuk booking? tQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I booked thru phone call. Then masa check in hotel, tunjukkan pass kerja gov. Nanti staff hotel buat copy & bagi gov rate :)

      Delete
  5. rm140 tu tuk sume ke satu kepala..

    ReplyDelete
  6. nak tanya rm140 tu sorang ke all in..nak no contact tour guide boley?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM140/ person. Termasuk lunch & tiket entrance tempat2 yang dilawati. No telefon tour guide ada di atas. Don namanya. Dia driver cum tour guide. Tq

      Delete
  7. Salam.. tumpang tny sikit dear.. trip ni u yg request tempat & arrange schedule ke.. mmg diaorg bg list ikut budget yg kita nak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Masa sy deal dengan James (no telefon dia ada dalam entry ni), dia email quotation dan tempat yang dia suggest. Kalau u nak pergi tempat lain pon bole, deal dgn dia. Tapi maybe harga tak sama mcm i, RM140/person. I tak stay lama. Sehari jek dpt tour sana. So, i ol jek dgn tempat yg dia suggest.

      Delete
  8. salam nak tnya... RM140 tu sekali dgn kereta ke kereta harga lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. RM140/person tuh termasuk transport with driver cum tour guide, entrance fee utk tmpt yg dilawati and lunch.

      Delete
  9. Sy nk ke sabah nov ni. Info dlm blog ni sgt mbantu.

    ReplyDelete
  10. Novotel terletak di One Borneo tidak jauh dari UMS. Ia jauh dari pusat bandar. Di kawasan Bandar banyak hotel dan perlu book awal kerana harga bergantung kepada season.

    Kalau ke Kundasang boleh tinggal di Kinabalu Pine Resort, Puncak Borneo Resort dan banyak lagi. hawa dingin dan nyaman serta makan minum yang sangat best di sini.

    Bagi yang sukakan pulau...datanglah ke Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Terletak tidak jauh dari Bandar KK...sangat best.

    Enjoiii...

    ReplyDelete
  11. helo.. siapa2 nak pergi kinabalu park or kundasang park.. just pm me 0146701486 agent pelancongan :)

    ReplyDelete