Sunday, January 27, 2013

Family Trip To Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum & haluuu!

Notes: Entry ini agak panjang dan banyak gambar. Kos percutian termasuk flight tiket, hotel dan transport beserta tour package complete dengan lunch dan entrance ticket ke tempat-tempat lawatan turut dikongsikan :)

Sempena cuaca hari Sabtu yang indah dan nyaman nih, I telah menjadi rajin untuk update pasal percutian kami sekeluarga ke Kota Kinabalu, Sabah. Percutian telah berlangsung dengan jayanya pada bulan Julai tahun lepas. Iyer, tahun 2012. Sekarang baru rajin nak update. Hehe. Apa yang lebih mendebarkan adalah kerana I merupakan perancang percutian yang melantik diri sendiri. Kahkahkah. Asalnya, Ayah I yang ajak ke KK sebab nak tengok adik bongsu I punya perlawanan bolasepak, Piala KPM apatah. Sekolah Sukan Selangor lawan Sekolah Sukan Sabah. Pastu I rasa best jugak kalau boleh plan jalan-jalan KK sekali. So, I offer diri untuk uruskan semuanya. Maka, ke Kota Kinabalu lah kita pada 14 hingga 16 Julai 2012.

Bulan Mac 2012, I dah start survey hotel, survey tour package sebab I nak bawak family I jalan-jalan KK, and yang paling penting survey tiket flight pergi dan balik. I booked flight Airasia untuk 5 orang (I, suami, Mak, Ayah, Kakcik) dalam bulan Mac tuh. Angah dan suami dia booked tiket sendiri. Dapat harga RM 1,040.00 untuk 5 of us, kira dalam RM208.00 seorang pergi dan balik. Kira murah laa kan. Tuh termasuk semua charge yang Airasia kenakan. Settle bab flight ticket, I survey pulak hotel yang selesa dan berpatutan. Suami cadangkan duduk hotel yang reasonable dan tak mahal memandangkan kitorang just nak tido jek. I survey dua tiga hotel yang best jugak. Tapi kebanyakannya full sebab tarikh yang kitorang nak pergi tuh clash dengan tarikh Konvokesyen UMS. Time tuh yang I dapat booked ialah Hotel Cititel Ekspres. Hotel biasa-biasa saja pada I, tapi selesa untuk tidur dan jalan-jalan kat KK sebab banyak tempat yang walking distance. I booked 3 bilik (2 standard double room - RM135nett/ night dan 1 superior triple room - 199.00nett/ night). Oleh kerana I pekerja government, I gunakan government rate. Dapatlah 20% discount for each room, but bilik adalah tak termasuk breakfast. I memang tanak tambah breakfast pon sebab kat area situ banyak tempat makan.

Hari Pertama - 14 Julai 2012

Flight AK5104 dari LCCT ke Kota Kinabalu, Sabah berlepas pada jam 9.30 pagi. First time Mak dan Ayah I naik kapal terbang. Tapi both of them relaks jek. I yang rasa terharu sebab dapat bawak diorang naik kapal terbang. Sobss! Sampai Terminal 2 KKIA Sabah jam 12.30 tengah hari lebih kurang. 

Sampai airport, driver yang I booked dah tunggu. James Bong nama beliau. Sangat baik dan peramah. Kenderaan yang I sewa pulak ialah van Nissan yang boleh muat 12 orang penumpang. Haha. Over kan? I nak pastikan ahli rombongan I selesa. James hantar kami check in hotel dulu, tunggu kamiletak barang kat bilik dan terus bawak ke UMS. Adik I main pukul 2.30 petang. Dengan tak lunch semua, terus layan bola. Bagus. Demi adik tercinta, semua sanggup berlapar.



Dalam pukul 6 petang, driver amik kami dan hantar ke hotel. Tapi kami suruh dia drop kat kedai makan berhampiran hotel. Makan dulu sebelum balik hotel. Angah, suami dan anak buah kesayangan I sampai KK pukul 7 malam. Kami bersiap-siap dan turun jalan-jalan di kawasan Pasar Filipino dan dinner seafood kat area pasar tuh. Banyak kedai makan kat situ. Pandai-pandai u'ols laa pilih nak yang mana. Hehe. Harga berpatutan dan seafood kat situ fresh belaka. Malangnya I tak amik pon gambar makanan dan surrounding situ. Hujan renyai-renyai dan I malas nak keluarkan camera. Ada sekeping gambar ketam nih jelaa. Haha.


Lepas dinner, jalan-jalan ke bazaar. Beli kerongsang laa, gelang mutiara laa, fridge magnet laa. Biasalah, Sabah kan terkenal dengan mutiara. I dah beberapa kali ke KK, so macam tak beli sangat laa. Mak I and Angah yang banyak beli. Settle shopping kat Pasar Filipino, berjalanlah kami sekeluarga balik ke hotel. Kami lalu ikut Pasar Malam Kampung Air, singgah shopping lagi. Hehe. Hotel Cititel Ekspres sangatlah dekat dengan Pasar Filipino dan Pasar Malam Kampung Air. Sampai hotel, mandi-mandi, gosok gigi, cuci muka dan tidoq. Tamat hari pertama. 

Hari Kedua - 15 Julai 2012

Bangun awal pagi nih sebab matahari kat Sabah kan terbit awal. Hehe. Siap-siap, kumpul semua ahli keluarga dan berjalan ke restoran berhampiran hotel untuk breakfast. 

 
Pukul 8.00 pagi, driver datang jemput kat hotel. Kali nih bukan James Bong, tapi Don. Hehe. Omputih sangat nama depa nih. Hari ini kami akan tour ke tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu. Tapi ikut masa yang sempat laa sebab package nih dari pukul 8.00 pagi sampai 5.00 petang sepatutnya. Tapi Don sangat peramah dan baik, banyak tempat yang dia cuba bawak kami. Dia jenis tak berkira masa dan sangat fleksibel. Harga untuk tour package ialah RM140 seorang, termasuk lunch di restoran The Cottage Hotel, Kundasang  (jangan risau, restoran nih ada sijil halal).

I try kongsi tempat-tempat yang Don bawak kami ek. First, on the way ke area Kundasang, kami berhenti di Rumah Terbalik. Unik dan comel rumah nih. Hehe. Kalau nak masuk ke dalam rumah tuh, tiket RM10.00 dikenakan. Tapi kami decide tak masuk. Just ambik gambar dari luar jek. Ikut cakap Don, semua perabot dalam rumah tuh pon upside down. Hehe.

Perjalanan diteruskan lagi. Kali nih Don berhenti kat jambatan gantung pertama di Sabah, Jambatan Tamparuli. Sampai-sampai jek terus I rasa macam nak menyanyi lagu Jambatan Tamparuli. Disebabkan I tatau lirik, I paksa Don nyanyikan. Haha. Nasib laa dia sporting. Tengoklah, jambatan pon dan tumbuh pokok segala. Tapi still kukuh kot. I jalan sampai tebing sungai jelaa. Takut lak nak jalan sampai hujung tebing sebelah sana. Hehe.



Lebih kurang 15 minit berhenti ambik gambar kat Jambatan Tamparuli, perjalanan diteruskan ke Pekan Nabalu. Boleh tahan jauh jugak laa. Adalah hampir dua jam perjalanan. Tapi tak terasa jauh sebab pemandangan sepanjang perjalanan sangat menarik. Serius. Bukit bukau, hutan hijau, perkampungan. Subhanallah, cantiknya Sabah. Sampai Pekan Nabalu lagilah cantik pemandangan. Nampak Gunung Kinabalu dari situ. Don cakap, kalau sampai dalam pukul 10 pagi lebih macam tuh kira elok cantiklah pemandangan. Gunung tak terlindung dek kabus atau pon awan. Ok, kat sini I ada few photos nak share dengan u'ols. Hehe.

 

Ok, kat Pekan Nabalu nih ada kedai-kedai jual souvenir. Harga agak mahal, tapi boleh tawar menawar. Kat sini kami banyak beli t-shirt Mount Kinabalu laa, Sabah laa. Kain pon berkualiti jugak. Fridge magnet kat sini lagi banyak pilihan compared dengan yang dijual kat Pasar Filipino. And, sila lah beli buah nanas potong or sebijik terus pon takpe. Sedap. Manis. Kat sini kami berhenti lama jugak. Ada dalam 45 minit. Toilet disediakan, tapi kena bayar. Jangan risau, kebersihan dijamin. Air sejuk pulak tuh. Hehe. Tapi yang I tak berapa suka adalah anjing banyak berkeliaran di kawasan nih. Ada kedai minum, tapi kami tak pergi sebab tak berapa yakin dengan tahap kehalalannya.

Seterusnya, perjalanan disambung lagi ke tempat yang I paling look foward dalam tour nih. Mount Kinabalu Park. Yeayy, sampai jugak di Gunung Kinabalu walaupon tak mendaki. In shaa Allah, one day I akan mendaki gunung nih jugak. Impian tuh. Dari Pekan Nabalu dah tak jauh sangat nak sampai ke Mount Kinabalu Park nih.

Tapi kan, I rasa I sambung nanti laa ek. Macam panjang sangat dah entry nih, plus lamaaaa gilaaaa masa ambik nak upload gambar dalam blogger nih. Haihh. Till we meet again in 'Family Trip To Kota Kinabalu, Sabah - Part 2'. Byeeeee!

14 comments:

  1. Lapor rasa nengok ketam tu.... Huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. 2 hari jer?! Mana cukup? Kalau boleh seminggu la...

    Kalau datang Sarawak, macam tempat di Kuching 2 hari pun tak cukup. Paling kurang pun kalau boleh, 3 atau 4 hari.

    Ni ada laman web yang nak rekemenkan ni...

    Ianya berbalio tau!

    http://www.facebook.com/MASwings

    ReplyDelete
  3. Can I have the contact number of the driver cum tour guide please? Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. James Bong - 014 5610078 or Don - 012 8205737/ 012 8353516/ cdmai5@yahoo.com.

      U may refer to my post :)
      http://meemmerz.blogspot.com/2013/01/family-trip-to-kota-kinabalu-sabah-part.html

      Delete
  4. nk tnya, book guide tu mahal tak??? mean kereta n driver??? sy tgh servey2 nie... susah la, takut sgt dpt yg xleh dipercayai... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..Sorry baru reply. Kalau sekali tour, harga macam I bgtau kat entry RM140 seorang. Kalau kereta dan driver jek I tak pasti. Dari Airport ke hotel ke UMS (sebab I pegi UMS) dia charge I RM120.00. Try laa call James Bong. Dia friendly. Nanti minta dia email quotation :)

      Delete
  5. nak tnya, berapa harga sewa kereta n driver sehari?? ader website tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, dia tadek website. Tapi kalau call & sms cepat jek dia feedback. Don't worry :)

      Delete
  6. Salam and good to see u all enjoy trip ke KK. Thanks juga sbb promoting bumi di bawah bayu. Kalau ada rezeki, sila lah datang lagi.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum tumpang promosi perkhidmatan kereta sewa dan homestay di KK tq

    keretasewasabahbest.blogspot.com
    Keretasewakotakinabalu.wordpress.com
    Fbpage: annaqlukotakinabalucarrental

    ReplyDelete
  8. Assalam tuan tanah, nak promote jugak lah ckit..
    Bg yg muslim, klu dtg KK & nak masak2, blh lah sewa condo akak d 1borneo. Fb: home stay kota kinabalu
    Tq

    ReplyDelete
  9. salam. Nk tanya, kt Cititel hotel tu ada parking kereta tak?

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete