Wednesday, September 30, 2015

Kuantan Trip - Run & Travel

Assalamualaikum & haluuu!

Kembali menulis. Kembali untuk berkongsi cerita di blog ini. Sebenarnya, niat nak tutup je blog ni. Tapi bila fikir balik, elok jugak dijadikan tempat catatan travelogue kami suami isteri. Tempat simpan kenangan gitu. Hehe. Maka, revamp balik blog. Delete semua entry lama yang kebanyakannya entah apa-apa tu, jadikan tempat catatan travelogue. Biar lah cuti-cuti Malaysia sekali pun, seronok jugak bila baca balik, kan? Hehe.

Ini trip pertengahan tahun 2014. Hahaha. Lama, kan? Tapi takpe, InshaAllah masih ingat lagi pasal trip ni. Tujuan utama kami ke Kuantan adalah untuk berlari. Kami suami isteri selalu jugaklah join running event. Masa ni event Kuantan Half Marathon. Suami join half marathon (21km) dan isteri join 10km. It was 2 days 1 night trip.

Sesampai di Kuantan, kami check in Hotel Seasons View. Kami menginap semalam di situ. Semalam lagi di Hyatt Regency. Berehat, solat dan terus bersiap untuk pusing-pusing Kuantan. Kami ke Dataran Kuantan, Stadium dan Zoo Teruntum di mana kami pergi untuk race kit collection jugak. Malamnya kami dinner di kedai makan berhampiran hotel saja memandangkan esok kami kena bangun awal untuk berlari. Hehe.




Selepas selesai menyeksa diri berlari, hahaha, kami balik ke hotel untuk breakfast dan berehat. Bergolek-golek cover tidoq. Then check out dari Hotel Season View. Kawan suami yang tinggal di Kuantan ajak kami lunch di Akob Patin House. Kata orang, kalau sampai Pahang tapi tak makan gulai tempoyak ikan patin, memang tak sah trip tu. Hehe. Alhamdulillah, kenyang perut kami.



Then kami bergerak ke Teluk Cempedak dan check in di Hyatt Regency. Rehat sekejap dan keluar untuk minum petang.



Dengan bantuan kawan dan Waze, sampailah kami ke Cendol Air Putih. Cendol yang famous di Kuantan. Serius memang sedap. Ya Allah, teringat-ingat pulak. Haha. Kalau sesiapa pergi Kuantan, please makan cendol dan ABC kat sini. Rugi tak try!




Lepas pekena cendol yang sedap tu, kami pulang ke hotel. Bersiar-siar di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Balik hotel untuk solat dan bersiap untuk dinner. Kami pilih untuk dinner di Ana Ikan Bakar Petai. Tapi tak order ikan bakar petai pun. Haha. Ini pun antara tempat wajib pergi dan makan di Kuantan. 



Esoknya bangun awal untuk breakfast di hotel. Lepas breakfast, kami berjalan ambil angin di pantai. Pantai yang dalam compound Hyatt Regency lebih bersih dan terjaga. Orang pun tak ramai. Lama jugak kami kat situ. Seronok main air. Hehe.




Sampai masa untuk check out. Kami terus pulang ke KL. Sejak rajin join running event, banyak jugalah run and travel trip kami. InshaAllah, will be updated soon. Thanks for reading!

Saturday, September 26, 2015

Travelogue

Assalamualaikum & haluu!

I'm back! We're back! More to update. InshaAllah. Soon.




"Once a year, go someplace you've never been before." - Dalai Lama