Tuesday, October 6, 2015

Star Cruise Libra Penang - 2D1N

Assalamualaikum & haluuu!

Hujung Februari lepas, kami ke Pulau Pinang menghadiri perkahwinan sepupu suami. Kenduri kahwin pada hari Sabtu. Since we always wanted to spend our vacation on cruise, husband suggested that we spend 1 night on cruise.  And it was quite an impromptu plan. Instead of buying the 2 days 1 night Star Cruise Libra package on their website, we bought it from the travel agent, Poto Travel. Malas nak pening uruskan sendiri, kami call Poto Travel dan minta uruskan. Tak sampai sehari dah dapat confirmation email dari agen. Pakej berharga RM298 per person untuk CC Oceanview with window. Boleh rujuk website untuk booking atau kalau malas macam kami, boleh call travel agent. Hehe.

Pekena pasemboq dulu!
Fort Conwallis
Swettenham Pier
Masa untuk check in adalah pada jam 5.30 petang. Dari Butterworth, kami naik feri ke Island. Sampai sana, masih ada lagi 2 jam sebelum check in time. So macam biasa, bila dah sampai Penang kami mesti ke Padang Kota makan pasemboq. Hehe. Kemudian berjalan-jalan sekitar Padang Kota. Kereta boleh park di tempat yang disediakan untuk pelanggan Star Cruise. InshaAllah selamat parking di situ. Around 5pm, we walked to the Swettenham Port untuk check in. Beratur agak panjang, tapi kaunter banyak. Walau pun ambil masa yang agak lama, urusan check in smooth saja. Selepas isi boring dan check in di kaunter, kami diberikan access card yang juga dikira sebagai kredit card. Semua urusan jual beli, makan dan minum (selain buffet yang termasuk di dalam pakej) di atas kapal menggunakan kad tersebut. Cash tidak dibenarkan. Hanya untuk beli sourvenir boleh menggunakan cash.

Kami ke bilik yang terletak di Deck 4. Letak barang, solat dan berehat kejap. Then kami ke Deck 9 untuk buffet dinner. Makanan yang dihidangkan di atas Star Cruise Libra diiktiraf halal. Buffet dinner bermula jam 6 petang sehingga 9 malam. Waktu ini kapal masih lagi berlabuh di port. Pukul 9.30 malam barulah pelayaran kami bermula. 

Oceanview with window cabin



Sunset


Buffet dinner at Deck 9
Sepanjang di atas kapal, sila dapatkan jadual persembahan yang ada. Tapi kena check laa sama ada persembahan free (termasuk dalam pakej) atau berbayar. Kami layan persembahan free je. Haha. Still enjoy. Kami banyak habiskan masa ambil angin di Deck 10 sambil baring tengok bintang. Kalau yang bawa anak-anak, jangan risau. Ada section for kids dan ada banyak aktiviti untuk kids jugak. Setelah puas ambil angin malam, kami balik ke bilik dan tidoq. Mula-mula macam susah nak tidoq sebab terasa bergoyang-goyang. Tapi selamat jugak tidoq lena sampai ke pagi. Haha.


Night view
We woke up early on Sunday morning sebab nak tengok sunrise. Bukan selalu ada peluang nak tengok sunrise dari atas kapal kan. Sebelum tu kami ke Deck 9 untuk breakfast. Tak berapa ramai orang masa kami breakfast. Mungkin masih awal. Then kami naik ke Deck 10 sambil bawa secawan kopi panas. Duduk minum sambil menikmati pemandangan laut yang terbentang luas. Sehinggalah matahari terbit,  Subhanallah! Cantiknya pemandangan! Subhanallah. 






Puas menikmati pemandangan, kami berjalan di dalam kapal. Beli fridge magnet Star Cruise Libra untuk dijadikan kenangan. Then, balik bilik berehat dan bersiap untuk check out. Kalau masa check in agak smooth, berbeza dengan masa check out. Crowded! Semua dah tak sabar nak turun kapal. Kalah judi semalam agaknya. Haha. So kami biar dulu keadaan reda. Kami duduk jauh daripada crowd. Bila keadaan dah ok, barulah kami bergerak keluar. Kalau ada yang bawa anak kecil, tunggulah keadaan reda baru keluar. Kesian tengok anak kecil diasak-asak. 

Kapal hampir untuk berlabuh
Panorama view
Kapal berlabuh di Swettenham Pier
Sebelum meninggalkan Pulau Pinang, kami pi pekena nasik kandaq Line Clear dulu. Dah kenyang, kami ke Armenian Street untuk meninjau tempat Street Art yang famous kat Penang ni. Berjalan-jalan dan bergambar di situ. Cuaca hari tu sangat la panas. So, tak lama kami di situ. Terus bergerak ke KL melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang. First time lalu kat situ. 

Nasi Kandar Line Clear

Heritage building in Armenian Street

Famous Street Art in Penang



Ingatkan terus balik ke KL, rupanya tak. Hehe. Kami singgah minum petang di Cameron Highland. Sayangnya bila tengok keadaan Cameron Highland. Banyak bukit dah ditarah. Cameron Highland pun dah tak sesejuk dulu. Sedih. Then kami turun dari Cameron Highland dan meneruskan perjalanan ke KL. 


Summary trip kami kali ini adalah KL -> Butterworth -> Star Cruise -> Georgetown -> Cameron Highland -> KL. That was how we spent our 2 days and 1 night trip. Pheww!

2 comments:

  1. Next time, ambik 4 hari 3 malam punya lak. tp now superstar dah takde kat sini..dah berlabuh kat negara china plak. ada pun kapal lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi kak. Ada hati gak nak pegi jauh sikit. Tapi tulaa, tatau sanggup ke tak duduk lama-lama atas kapal. Haha.

      Delete