Monday, May 28, 2012

Trip To Beijing, China - Part 1

Haluu!

Entry ini adalah membayar janji untuk upload gambar percutian I dan suami ke Beijing, China pada 20 hingga 26 Disember 2011. Amik ko! Dah dekat setengah tahun baru update. Huhu.

Kami pergi ke Beijing menggunakan khidmat Poto Travel Tour, amik Muslim Tour Package. Senang, tak payah nak susah hati or pening kepala fikir pasal waktu solat nak solat kat mana, nak makan macam mana? Halal ke tak? Time dalam flight dari Hong Kong International Airport (nak package murah terpaksa la amik transit di HKIA) tour agent dah siap-siap order halal meal untuk group kitorang. Kalau dari KLIA tak perlu risau sebab semua flight akan amik MAS catering yang memang halal. Trip kali nih memang seronok sebab semua yang dalam group tuh meriah dan boleh geng. Tour guide kitorang, Fairuz pon sangat helpful dan friendly :)

Oleh kerana hampir setengah tahun baru nak update, harus laa I dah terlupa banyak details pasal trip kali nih. Maafkan saya. So, I bercerita melalui gambar-gambar di bawah nih laa ek. Gambar pon banyakkk sangat. Maka I combined jadik seperti di bawah :) Marilah layan cerita percutian I yang ingat-ingat-lupa dah nih :p

Kuala Lumpur International Airport > Hong Kong International Airport > Beijing Airport

Lihat gambar bawah paling kanan. I kelihatan tinggi, bukan? Hahaha. Sempat! Owhh, maaf lah gambar setiap hari di sana memakai winter jacket yang sama. Tak kuasa I nak beli banyak-banyak winter jacket dan  disumbat dalam luggage. Membazir ruang. Lagipon suami cakap, 'kalau beli banyak-banyak pon bukan boleh pakai kat Malaysia. Kalau nak pakai time cuti-cuti next time mungkin U dah gemok dan tak muat dah'. Chaittt!

Cuaca adalah sangat sejuk. Time sampai, keluar nak tunggu bas, rasa kesejukan sampai ke tulang. Terus bukak luggage amik winter jacket, glove dan scarf. Time tuh suhu 4 deg celcius kalau tak silap. Menggigil! Sampai Beijing dah malam. Kitorang terus dibawa makan malam, dihantar ke hotel dan tidur.




Keesokkan paginya, kitorang dibawa melawat The Summer Palace or Istana Musim Panas untuk keluarga Maharaja China. Tempat  nih cantik sangat. Dan besar! Memang tak larat nak berjalan. Angin pon sangat kuat. Kesejukan melampau time tuh sampai berair-air hidung. Tengok gambar kat bawah sebelah kanan atas nih, ada kawasan tasik yang beku. Kat situ ramai orang China main ice skating. Kalau ke Beijing, tempat ini adalah wajib dilawati. Package yang kitorang amik nih agak lama, dalam seminggu trip. Kiranya satu hari tuh pergi satu tempat menarik dan kemudian dibawa ke tempat-tempat yang diwajibkan oleh kerajaan China seperti kedai teh laa, kedai mutiara laa, kedai sutera laa. Tapi kira ok laa macam nih sebab tak kelam kabut. Boleh stay kat satu-satu tempat tuh lama sket :)




Alamak, officemates I semua dah balik. I pon nak balik laa. Nanti I sambung lagi ek. Bye!!

1 comment:

  1. nice sharing..

    aritu saya pergi korea, ada ambik pakej dengan zulu travel..100% muslim tour..

    best dan murah.. pakej dorang boleh tengok kat sini
    http://zulu.com.my/muslim-tour.html

    ReplyDelete