Thursday, September 13, 2012

Munich, Germany - Part 1: Hari Pertama di Munich


Munich, Germany - Intro 


Assalamualaikum! Hallo!

Malam nih I nak cuba sambung Part 1 (part intro kat link atas tuh) trip ke Munich, Germany yang disponsor itu. Thanks MyEG and ESPN sebab pilih suami I =))

Kami tiba di Munich Airport lebih kurang pukul 2.00 petang waktu sana. Munich Airport tak la besar sangat. Sampai jek arrival hall dah nampak mat saleh pegang kertas nama husband. Pergi kat dia, salam-salam dan menuju ke kereta. Dia bawak kami ke tempat penginapan yang disediakan. 

Suami yang masih tak percaya dia menang grand prize dan dah sampai ke Munich. Hehe.

BMW Headquarters. Masa nih on the way to hotel. Driver ada tunjuk Swiss Alps, tapi tak sempat captured.
Allianz Arena, stadium perlawanan akhir UEFA  Champions League. Suami cakap, ini lah tempat yang dia paling nak pergi. Hehe.
Dah nak sampai hotel dah. Time kitorang kat sana, tengah summer. Tapi still sejuk jugak lagi.

Selepas hampir kira-kira 40 minit perjalanan dari Munich Airport, kami pon sampai di hotel penginapan yang disediakan, Regent Hotel. Kat Munich, bangunan tadek yang tinggi-tinggi, maksimum 5 tingkat rasanya. Hotel kami stayk nih tak besar sangat, tapi bila search kat internet sebelum pergi, banyak review yang bagus pasal hotel nih terutamanya dekat dengan tempat-tempat menarik dan kemudahan public transport.

Regent Hotel, Munchen.


Masa sampai, suami cakap 'Macam comel jek hotel nih'. Masuk nak check in, tengok ramai orang. Majority penyokong Chelsea yang datang dari England. Ada jugak daripada Hong Kong, Indonesia. Yang sempat ditergur sapa laa. Hehe. Settle urusan check in, kami naik ke bilik menggunakan lift. Lift dia kecik comel! Kalau naik empat orang dengan luggage memang dah packed dah. Haha. Padahal orang sana kan besar-besar dan tinggi. Sampai bilik, memang sangat surprised sebab bilik luas dan cantik. Kalau tengok bangunan dan lift, memang expect bilik pon 'comel' laa. Hehe. Alhamdulillah, penginapan yang selesa disediakan. Terima kasih.

Besar dan selesa biliknya. Bilik air pon besar.
Suami macam biasa, bila check in mana-mana hotel, nampak jek katil terus nak tidoq! Tapi memang kami jet lagged lagi masa tuh. Masa kat bilik tuh pukul 3.30 petang macam tuh, so tambah 6 jam untuk waktu Malaysia. Kiranya kat Malaysia dah pukul 9.30 malam waktu tuh. I dah laa selalu pukul 9.30 malam kat rumah dah ngantok-ngantok dah. I ingat nak tidur sekejap, tapi suami tak bagi. Suami paksa berjaga dan biasakan diri dengan masa, 'Rehat kejap, mandi-mandi, solat Asar. Lepas tuh kita keluar tengok public transport macam mana. Esok nak pegi stadium dah tau route mana. Jangan tidoq'. Baiklah suami ku!

Ohh, nak share sikit, selepas tau suami menang trip to Munich, I dengan suami ada study sikit pasal sistem public tranport kat sana. Kami search kat internet schedule and route semua public transport yang relevan dengan aktiviti kitorang. Semua maklumat pasal public transport in Munich boleh dapat kat sini, www.mvv-muenchen.de/ . I print public transport map, schedule and direction untuk ke stadium dan tempat-tempat menarik sekitar Munich. I boleh gerenti korang takkan sesat kat sana. Serius, public transport diorang sangat efficient dan senang digunakan. Lepas bersiap-siap, kami keluar berjalan kaki ke Hauptbahnhof atau Central Station yang terletak sangat dekat dengan Regent Hotel. Tak sampai 5 minit berjalan kaki dah sampai.

Bangunan sekitar hotel.
Masuk dalam station, tengok ada train. I dengan confident cakap kat suami yang kitorang kena naik train tuh. Suami macam tak yakin dengan I. I confident lagik, cakap dah study. Suami tak caya, lalu kami pergi tanya staff kat information kaunter macam mana nak naik train inner circle (maksudnya laluan dalam bandar Munich). Dia explain kena beli tiket dan turun ke basement/ subway. Ada dua jenis train S-bahn dan U-bahn. Ada station yang dua-dua train nih lalu dan berhenti, ada yang salah satu tak lalu. So, kami ikut route map yang kitorang dah print. Rupanya train yang I confident ajak suami naik semua long distance punya train ke Amsterdam, Paris, Hamburg, Frankfurt. Haha. Nasi baik tak naik. Tapi kalau naik entah-entah boleh sampai Paris. Haha.

Train nih laa yang I confident sangat tuh :p
Untuk ke Allianz Arena esoknya (19 Mei 2012), kami kena naik S-bahn dari Hauptbahnhof ke lagi satu Central station yang ada U-bahn iaitu Marienplatz Station. Kira Marienplatz nih macam KL Sentral laa. So, kami pon pergi laa ke ticket machine nak beli tiket. Tengok bahasa German! Ternganga-nganga suami isteri nih. Nasib I perasan ada bendera Britain kat menu. I tekan and ting! Keluarlah bahasa Inggeris. Lega. Kami amik 3 days inner circle pass yang boleh digunakan sehingga maksimum 5 ke 10 orang. I lupa pulak. Huhu. Harga tiket ialah 23.70 euro, darablah 4.05 bersamaan RM 96 lebih kurang. Mahal kan? I kat sana seboleh-bolehnya tanak convert RM sebab nanti rasa macam nak nangis bila bayar apa-apa. Huhu.
Inilah 'kitab-kitab' kami kat sana. Memang confirm takkan sesat kalau ada semua nih. Sungguh, bukan dusta =)
Naiklah kami S-bahn ke Marienplatz. Dua station jek dari station yang kami naik. Masa nak sampai station kedua selepas Hauptbahnhof ada seorang pakcik tua nih berkomunikasi dengan I. Cakap bahasa German. I tak paham apa-apa. I dengar dia sebut 'Karlsplatz, Karlsplatz' sambil tunjuk diri dia dan lantai train. Ah, sudah. Apa pakcik nak cakap nih? Bila train stop kat station kedua tuh, pakcik tuh turun. Ohhh, dia nak habaq station tuh nama Karlsplatz and dia nak turun situ gamaknya. Haha. I assumed jelaa. Lepas Karlsplatz, sampailah kat Marienplatz. Jalan-jalan dalam station, survey U-bahn untuk ke Allianz Arena kat platform mana. Dah jumpa, keluar dari station dan melawat Marienplatz Square. 

Sedikit info pasal Marienplatz;

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Marienplatz Munich

Marienplatz munich
Standing at Marienplatz, in front of the city hall "Rathaus" you find yourself right in the heart of old town Munich. The facade of the Rathaus is gigantic - take care though: the appearance is misleading. The Rathaus was not built in the middle ages as it might seem, but in the late 19th century - one example of German "Gründerzeit style", a historical backdating style - around 1900 people apparently did not want to fully endorse the new techniques that science and industry had brought around but built houses that looked like castles or temples.
Just around the corner is Frauenkirche, though. That is a real piece of medieval architecture and a very dominant one. You will not easily forget your eyes sweeing up those dwindling twin towers. Frauenkirche at the Marienplatz munich is probably the best known symbol of Munich. You might want to step inside - right at the entrance is a bizarre example of a tomb monument for a Habsburgian ruler. Frauenkirche is gigantic but has a "romanic" touch that sets it apart from the high spires of late gothic domes like the one in Cologne. You might want to climb the stairs for a view to the alpian mountains (only when there is "Fön", i.e. a wind coming from down south Italy and clearing up the northern Germanic skies).
If you care for some even more enthusiasm in the field of art and religion go for the Asamkirche, 200 m further south in the heart of munich. That is Bavarian baroque on its peak.


Information taken from this source.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Famous tempat nih. Kalau search pasal tempat menarik kat Munich, mesti Marienplatz nombor satu untuk dilawati. Ambil gambar sekeping dua, sebab hari-hari selepas ini akan ke sini lagi. Hehe.
Suami berlatarbelakangkan Marienplatz.

I di Marienplatz, tapi berlatarbelakangkan museum.

Sekejap jek kami kat situ, dalam pukul 5.40 petang waktu sana macam tuh kitorang dah balik ke hotel sebab dua-dua lapar. Makan dalam flight sahaja. Huhu. Nak beli makanan kat situ macam tak berapa nak yakin. So, balik hotel makan roti gardenia dengan tuna. Time tuh rasa sedap sangat dapat makan macam tuh. Huhu.

On the way balik hotel.

Lepas makan, dekat-dekat pukul 7 malam, I dah mengantok gilos. Flat habis dah I time tuh. Melepek jek atas katil. Suami tak bagi I tidur sebab dia cakap jangan ikut waktu Malaysia (time tuh kat Malaysia pukul 1 pagi lebih kurang), tapi tengok-tengok dia yang tidur dulu. Cishh! I pon tertidur sekalik. Tersedar pukul 2 pagi waktu Munich (8 pagi waktu Malaysia). Haha. Pening giler, jet lagged huru hara. Suami pun terjaga masa tuh. Borak-borak dan solat Subuh (kat sana subuh pukul 1.57 pagi). Lepas tuh paksa diri tidur balik dan set alarm waktu sana. Pukul 4 pagi kat sana dah cerah. Alarm berbunyi pukul 8 pagi waktu sana. Bermulalah hari kedua kami di Munich (19 Mei 2012), hari yang dinanti-nantikan oleh suami. Nanti I sambung story hari kedua, ya? =)

Byeeee!!!

No comments:

Post a Comment