Tuesday, October 6, 2015

Star Cruise Libra Penang - 2D1N

Assalamualaikum & haluuu!

Hujung Februari lepas, kami ke Pulau Pinang menghadiri perkahwinan sepupu suami. Kenduri kahwin pada hari Sabtu. Since we always wanted to spend our vacation on cruise, husband suggested that we spend 1 night on cruise.  And it was quite an impromptu plan. Instead of buying the 2 days 1 night Star Cruise Libra package on their website, we bought it from the travel agent, Poto Travel. Malas nak pening uruskan sendiri, kami call Poto Travel dan minta uruskan. Tak sampai sehari dah dapat confirmation email dari agen. Pakej berharga RM298 per person untuk CC Oceanview with window. Boleh rujuk website untuk booking atau kalau malas macam kami, boleh call travel agent. Hehe.

Pekena pasemboq dulu!
Fort Conwallis
Swettenham Pier
Masa untuk check in adalah pada jam 5.30 petang. Dari Butterworth, kami naik feri ke Island. Sampai sana, masih ada lagi 2 jam sebelum check in time. So macam biasa, bila dah sampai Penang kami mesti ke Padang Kota makan pasemboq. Hehe. Kemudian berjalan-jalan sekitar Padang Kota. Kereta boleh park di tempat yang disediakan untuk pelanggan Star Cruise. InshaAllah selamat parking di situ. Around 5pm, we walked to the Swettenham Port untuk check in. Beratur agak panjang, tapi kaunter banyak. Walau pun ambil masa yang agak lama, urusan check in smooth saja. Selepas isi boring dan check in di kaunter, kami diberikan access card yang juga dikira sebagai kredit card. Semua urusan jual beli, makan dan minum (selain buffet yang termasuk di dalam pakej) di atas kapal menggunakan kad tersebut. Cash tidak dibenarkan. Hanya untuk beli sourvenir boleh menggunakan cash.

Kami ke bilik yang terletak di Deck 4. Letak barang, solat dan berehat kejap. Then kami ke Deck 9 untuk buffet dinner. Makanan yang dihidangkan di atas Star Cruise Libra diiktiraf halal. Buffet dinner bermula jam 6 petang sehingga 9 malam. Waktu ini kapal masih lagi berlabuh di port. Pukul 9.30 malam barulah pelayaran kami bermula. 

Oceanview with window cabin



Sunset


Buffet dinner at Deck 9
Sepanjang di atas kapal, sila dapatkan jadual persembahan yang ada. Tapi kena check laa sama ada persembahan free (termasuk dalam pakej) atau berbayar. Kami layan persembahan free je. Haha. Still enjoy. Kami banyak habiskan masa ambil angin di Deck 10 sambil baring tengok bintang. Kalau yang bawa anak-anak, jangan risau. Ada section for kids dan ada banyak aktiviti untuk kids jugak. Setelah puas ambil angin malam, kami balik ke bilik dan tidoq. Mula-mula macam susah nak tidoq sebab terasa bergoyang-goyang. Tapi selamat jugak tidoq lena sampai ke pagi. Haha.


Night view
We woke up early on Sunday morning sebab nak tengok sunrise. Bukan selalu ada peluang nak tengok sunrise dari atas kapal kan. Sebelum tu kami ke Deck 9 untuk breakfast. Tak berapa ramai orang masa kami breakfast. Mungkin masih awal. Then kami naik ke Deck 10 sambil bawa secawan kopi panas. Duduk minum sambil menikmati pemandangan laut yang terbentang luas. Sehinggalah matahari terbit,  Subhanallah! Cantiknya pemandangan! Subhanallah. 






Puas menikmati pemandangan, kami berjalan di dalam kapal. Beli fridge magnet Star Cruise Libra untuk dijadikan kenangan. Then, balik bilik berehat dan bersiap untuk check out. Kalau masa check in agak smooth, berbeza dengan masa check out. Crowded! Semua dah tak sabar nak turun kapal. Kalah judi semalam agaknya. Haha. So kami biar dulu keadaan reda. Kami duduk jauh daripada crowd. Bila keadaan dah ok, barulah kami bergerak keluar. Kalau ada yang bawa anak kecil, tunggulah keadaan reda baru keluar. Kesian tengok anak kecil diasak-asak. 

Kapal hampir untuk berlabuh
Panorama view
Kapal berlabuh di Swettenham Pier
Sebelum meninggalkan Pulau Pinang, kami pi pekena nasik kandaq Line Clear dulu. Dah kenyang, kami ke Armenian Street untuk meninjau tempat Street Art yang famous kat Penang ni. Berjalan-jalan dan bergambar di situ. Cuaca hari tu sangat la panas. So, tak lama kami di situ. Terus bergerak ke KL melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang. First time lalu kat situ. 

Nasi Kandar Line Clear

Heritage building in Armenian Street

Famous Street Art in Penang



Ingatkan terus balik ke KL, rupanya tak. Hehe. Kami singgah minum petang di Cameron Highland. Sayangnya bila tengok keadaan Cameron Highland. Banyak bukit dah ditarah. Cameron Highland pun dah tak sesejuk dulu. Sedih. Then kami turun dari Cameron Highland dan meneruskan perjalanan ke KL. 


Summary trip kami kali ini adalah KL -> Butterworth -> Star Cruise -> Georgetown -> Cameron Highland -> KL. That was how we spent our 2 days and 1 night trip. Pheww!

Thursday, October 1, 2015

Munich, Germany - Part 3: EUFA 2012 Champions League Final

Assalamualaikum & haluuu!

Finally, after almost 3 year (gosh!) baru sambung cerita our trip to Munich, Germany. Pheww! Road to UEFA 2012 Champions League Final. For previous entry, boleh klik links kat bawah ni. 


Husband is Chelsea FC diehard fan. So being given the opportunity to watch the final match at the stadium before his very eyes were like a dream comes true. An addition to that, the final ticket was sponsored. Bless! Alhamdulillah.

Ok, let's we go back to 19th May 2012. Shall we? Hehe. Kami sampai di hotel selepas berjalan-jalan melawat Olympia Park. Berehat, solat dan bersiap untuk ke Allianz Arena for the final. Dari hotel kami berjalan ke Hauptbahnhof (Central Station) untuk menaiki tren. Untuk ke Allianz Arena, kami perlu menaiki U-bahn dari stesen Marienplatz.




Memandangkan kami keluar agak awal, suami ajak melawat Marienplatz sekali lagi. Masa ni meriah dengan penyokong-penyokong Chelsea dan Bayern Munich. Biru dan merah memenuhi dataran Marienplatz. Suasana meriah dengan suara chant masing-masing. Seronok dapat join the crowd. Hehe. 




Then, masa untuk ke Allianz Arena. From the Marienplatz, we took the U-Bahn’s northbound U6 line toward Frottmaning. It took about 20 minutes till we reached the station. Semasa dalam train, there was one kind lady bagitahu kami untuk turun di stesen mana. Dia tau kami nak ke stadium dari baju official Munich Final 2012 yang kami pakai la tu. Haha.  Dari situ kami berjalan menuju ke stadium. Sampai di stadium, orang masih belum ramai. Saja kami sampai awal. Excited kan. Haha. Bergambar sekitar Allianz Arena.






Masa tengah lepak kat stadium, we met new friends. Three of them are from Berlin. They came for the final, of course! Hehe. But only one of them got the ticket. So the other two bodek kami untuk jual tiket kat diorang. Sanggup bayar 500 Euro for one ticket! Try convert to RM tengokk. Fuhh. Tapi for sure la kami takkan jual. We came all the way from Malaysia sebab nak tengok final tau. So we turn down the offer. Sorry guys!  

Inilah dua orang yang tak dapat tiket tu. Kesian.

Suami sempat tidoq. 
After few hours melepak kat luar stadium, gates dibuka dan semua boleh masuk. Suami paling excited. Sumpah muka dia excited gila. Haha. Kami masuk dan duduk di tempat wakil Media. Kat situ boleh dikatakan tempat untuk pemenang-pemenang contest dari merata negara. And we met this one guy from Amsterdam. Sangat friendly. And Chelsea fan jugak. Hehe. Sementara menunggu final match mula, suami tiba-tiba excited dan suruh ambil gambar dia dengan someone yang lalu kat situ. Rupanya Ruud Gullit! Dalam tengah excited tu, terlepas Micheal Ballack! Ruginyaaa. Dapat ambil gambar dari jauh jelaa. Rugiiiii.

Excited!
Micheal Ballack.
Micheal Ballack again. 

The final match has started. Lain betul perasaannya tengok live dua-dua team ni depan mata. Selalu tengok kat TV jek. It’s really an unforgettable moments for both of us. Hehe. As we all know, Chelsea won the final match. It was their second time in UEFA Final. They lost the first time in 2008. Kira ini kali pertama Chelsea menang UEFA Champions League Cup and we were there to witness that moment. Husband said we were part of the history. Haha. Still teringat lagi masa Didier Drogba score equaliser goal dalam minit-minit terakhir sebelum perlawanan tamat. Seronok gila penyokong Chelsea masa tu. Then extra time pun still 1-1 sebab Arjen Robben terlepas penalty. Akhirnya, the match went to a penalty shoot-out. Berdebar jangan cakap lah. Siap tutup muka taknak tengok. Didier Drogba took the last penalty kick and scored! Chelsea won 4-3. Woohoo!! Kenangan, kenangan. Hehe.

Tempat duduk kami berhampiran dengan tempat duduk penyokong Chelsea.

Muka terharu sebab Chelsea menang. Hehe.

Chelsea players celebrate their winning trophy.


Dream came true.
Allianz Arena, Munchen.
After all the celebrations and singings and chanting, we walked to the train station and back to the hotel. It was the happiest night for the Chelsea fans but not to the Bayern Munich fans. Itulah adat pertandingan. Ada yang menang, ada yang kalah. Life must goes on. Sampai bilik hotel, kami masih tidak dapat melelapkan mata. Adrenaline rush mungkin. Hehe. Entah pukul berapa kami tertidur. Yang pasti suami tidur dalam senyuman. Hahaha.

Next entry will be the last part of our Munich, Germany trip. Stay tune! Thanks for reading!