Tuesday, February 4, 2014

Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang {5th Wedding Anniversary}

Assalamualaikum & haluuu!

Sempena our fifth wedding anniversary pada 22 November 2013 tahun lepas, kami suami isteri telah mengadakan impromptu plan dengan bercuti ke Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang. Memang impromptu sangat sebab pagi anniversary tu kami berdua cuti. Then membebel-bebel kat rumah, takkan sambut anniversary kat rumah je kot. Suami macam biasa, suruh I fikir. Huh. Mula-mula I nak ajak suami pergi Grand Lexis Port Dickson. Tapi bila call, kena book few days earlier katanya. Search punya search, google punya google, terjumpa Golden Palm Tree ni. Dulu pernah teringin nak pergi. So, bersiap laa kami menuju ke Sepang. Tapi sebelum pergi I dah call tanya ada available room tak. Staff kata ada dan boleh walk in. 

Sampai-sampai, terus ke lobby untuk check in. Sekali staff kat situ kata family room saja yang available and harganya sangat tidak masuk akal memandangkan kami hanya berdua. Nak buat apa bilik besar dan ada 2 king size bed. Suami dah frust dah. Keluar la kami ke kereta dengan perasaan agak kecewa. I lagi laa rasa bersalah. Tiba-tiba I rasa nak call balik. I tanya ada bilik untuk dua orang? And guess what, still adaaaa! Seronoknya. Terus phone booking walau pon kami memang dah ada kat resort tu. Haha. Dapat booking number, terus masuk untuk check in. Nasib baik staff yang lain entertain kami. Hehe. Dapat kunci, dapat map sebab resort ni luas jugak. Tunggu buggy dan ke bilik lah kami. Resort ni kan bentuk pokok kelapa kan. Bilik kami kat kawasan batang pokok. Haha. Kira tak ke tengah laut sangat laa. Bagus untuk kami yang suka fikir macam-macam ni. Nak bercuti kat water chalet, tapi takut ombak laa tsunami laa. Huhu.

Masa kami pergi, cuaca sangat baik. Cerah dan panas. Hehe

View dari balcony. Bilik-bilik kat sana tu kira kat pelepah-pelepah pokok kelapa laa.

Sampai-sampai bilik, terus lepak kat balcony sampai ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa. Chewah.

Kalau dapat katil macam ni kat rumah pon best.

Pemandangan semasa senja. Subhanallah. Cantik sangat.
Lepas maghrib, siap-siap dan keluar dinner di Bagan Lalang. Kami cari kedai makan yang dekat-dekat dengan resort jek. Makanan kat situ sedap-sedap dan murah. Tapi I tak ingat kedai makan tu nama apa. Huhu. Sorry! Lepas dinner, balik bilik tidoq.

Pemandangan pagi.

 Esoknya, bangun dan pergi breakfast kat coffee house. Then ambik basikal yang memang disediakan untuk penghuni kat resort. Pusing-pusing keliling resort. I dah laa lama tak naik basikal. Melelong-lelong dibuatnya. Haha.



Cuaca pagi yang cerah dan panas.

Ada jugak gambar berdua. Minta tolong pekerja resort ambikkan.

Resort ni dua tingkat. Bilik kami di tingkat atas. Rasanya family room di tingkat bawah.

Bye-bye Golden Plam Tree Resort!

Kalau nak ke sana, ikut jalan ke LCCT. Terus sampai masuk Sepang dan nanti ikut jek signboard Golden Palm Tree Resort. InshaAllah tak sesat. Sila buat phone booking sebab takut jadi macam kami dan harga walk in adalah lebih mahal daripada phone booking. Kalau nak rasa short gateway di tempat yang privacy, boleh laa ke sini. Untuk maklumat lanjut, klik sini www.goldenpalmtree.com/‎

Thanks for reading! Byeeeeee!

Monday, September 16, 2013

Munich, Germany - Part 2: Sebelum EUFA 2012 Champions League Final

Assalamualaikum & haluuu!

This is really long overdue post! Maaf, I mengambil masa setahun lebih untuk update. Haha. Soooo, untuk refresh balik cerita trip to Munich nih, sila-silakan laa klik previous posts :)


Alright, mari sambung kenangan trip to Munich ini. Hari kedua di Munich, 19 Mei 2012. Woke up early sebab matahari terbit awal. Rise and shine! Bersiap-siap dan turun breakfast di hotel cafe. Hari nih ialah hari UEFA 2012 Champions League Final. Bandar Munich meriah dengan penyokong Bayern Munich. Kalau ada yang tatau, Bayern Munich nih kelab Germany. Kira tuan rumah laa. Pagi-pagi dah kedengaran fans chant lagu kelab diorang. Siap kalau ternampak Chelsea fans diorang akan chant, 'Who the f**k is Chelsea. Wooo Wooo!'. Haha. Suami sepanjang kat sana langsung tak pakai jersey chelsea sebab dia cakap takut diorang fanatik. Lagi pon kita kan orang luar. Hari nih kami nak survey train ke stadium, Allianz Arena. Tapi kami tak naik pon train, just carik platform and gate mana jek. Lepas tuh masa kat subway station, ternampak advertisement yang ada festival sempena final nih kat Olympia Park (http://www.olympiapark.de/en). So, kami decide pergi ke sana.

Cuaca pagi di Munich.
Macam hari sebelum nih, kami akan naik train dari stesen Hauptbahnhof ke stesen Marienplatz. Sebelum amik train ke Olympia Park, keluar jalan-jalan lagi kat dataran Marienplatz. 

Dari station Marienplatz.

Sekitar dataran Marienplatz.
Masa tuh awal lagi, dalam pukul 8.15 pagi. Jalan-jalan sekitar situ dan ke Viktualienmarkt yang banyak kedai makanan. Kira macam food market in Munich. Banyak sangat makanan yang mampu membuat I tertelan air liur. Tapi bila memikirkan status halal, I memang hanya mampu telan air liur saja laa. Kalau ikut selera, memang laa nak try pretzel Germany yang famous amos tuh. Tapi apakan daya. Huhu.

Bangunan sekitar Marienplatz ke Viktualienmarkt.

Kedai di kawasan Viktualienmarkt.

Berderet-deret kedai jual makan sesaja.

I berangan nak beli my first Birkenstock sandal kat sana. Tapi hari tuh hari Sabtu. Kalau kat Munich, hari Sabtu banyak kedai bukak lambat or tutup. So, suami cakap nanti-nanti survey pulak. Ada lagi dua hari stay sana kan. Bila dah puas pusing-pusing sana, kami turun balik ke stesen Marienplatz dan amik train ke Olympia Park. Sampai jek kat sana, ternampaklah BMW Museum, Mercedes Centre dan banyak lagi bangunan lain. Kami tak masuk pon, just tengok-tengok dari luar jek. Berjalan menuju ke Olympia Park. Dah ramai dah orang kat sana. Rupanya ada big screen untuk live final nanti. Siapa yang tak dapat tiket akan lepak kat situ untuk tengok final. Patut laa meriah dengan festival semua.

Inilah manusia yang paling happy bila sampai Munich. Hehe.

Cantik sangat Olympia Park nih.


Lama jugak kami kat situ. Shopping official merchandise sikit untuk dibuat kenangan. Beli Official t-shirt untuk pakai masa final malam tuh. Hehe. 


Bila almost tengah hari, kami pon bergerak untuk balik ke hotel. Perut pon dah lapar. Balik hotel makan roti Gardenia dengan tuna lagi. Haha. Itulaa menu kami kat sana. Time tuh dapat makan macam tuh pon dah rasa nikmatnya Ya Allah. Heh. Solat zohor dan rehat-rehat kejap. Bersiap dan keluar balik untuk ke stadium for UEFA Champions League Final. Wohoooo! Acara kemuncak yang dinanti-nantikan. Hehe. Nanti I sambung cerita final tuh dalam next entry ok! Thanks for reading cerita tertunggak I nih. Byeeeee :)







Tuesday, May 14, 2013

Kisah trip to Munich yang tak habis-habis!

Assalamualaikum & haluuu!

Sabtu nih, 18 Mei 2013 akan genaplah setahun berlalu kenangan trip kami suami isteri ke Munich, Germany. Kisah dan gambar trip tersebut masih belum habis dikongsikan di blog ini. Ya Allah, kenapa lah malas sangat nak menulis pasal trip tuh? Sebab I rasa I macam kena study balik tempat-tempat yang dilawati bila nak update, maka sebab itulah I malas. Aci tak alasan? Huhu.

Walau bagaimana pun, I berjanji kepada diri sendiri yang I akan habiskan jugak berkongsi kenangan trip ke sana kat blog nih. Bila tuh I tak dapat jamin laa, but soon laa. Hehe. Ingatkan entry nih dah nak cerita? Memang tak laa. I kena bukak balik buku catatan pengembaraan I tuh. Sebagai bukti janji akan ditepati, I kongsi la sekeping gambar I di Marienplatz Square, Munich. I pilih gambar nih sebab I nampak tinggi daripada biasa. Haha.

Marienplatz, Munich - 18 May 2012

Pada yang sudi nak baca kisah trip to Munich nih, feel free to click these links;

Munich, Germany - Intro: Bagai bulan jatuh ke riba



See you soon! Byeeee!