Wednesday, January 20, 2016

Kuching, Sarawak - Day 1

Assalamualaikum & haluuu!

Kitak apa khabar tek?

November 2015 yang lepas, kami ke Kuching, Sarawak selama 4 hari 3 malam. Trip ini kira macam family day department suami sebab semua pun join sekali. Tujuan asal nak attend wedding colleague suami. Dah alang-alang sampai Kuching, diorang plan bercuti kat sana sekali. Hehe. Jom kami share aktiviti hari pertama di Kuching. 

Sampai di airport, kami dijemput oleh bas sekolah yang disewa sepanjang trip ini. Ye, kami naik bas sekolah. Haha. Rasa macam rombongan cikgu-cikgu sekolah. Bas sekolah pun bas sekolah laa. Janji aircond sejuk. Haha. Destinasi pertama, check in di Majestic Riverside Hotel. Stay kat sini sebab wedding esoknya pun kat hotel ni. Letak barang, solat dan rehat sekejap. Then bersiap-siap keluar melawat Bandaraya Kuching. 

Group photo

Berjalan sekitar Jalan Main Bazaar. Banyak kedai menjual sourvenir di sini.

Bas sekolah kami. Hehe.

Sungai Sarawak.

Berlatarbelakangkan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru

Bangunan Mahkamah Lama yang dibina pada pemerintahan Rajah Kedua, Charles Brooke pada tahun 1883.


Jam 5.30 petang, kami menaiki Sarawak River Cruise untuk menikmati pemandangan bandaraya dan melihat matahari terbenam. Bayaran untuk menaiki cruise adalah RM65.00/ person dan mengambil masa selama 1jam 30minit. 


Orange juice for everybody

Astana, kediaman rasmi Yang Di Pertua Negeri Sarawak

Kediaman bekas Ketua Menteri


Almost sunset

Tarian kebudayaan Sarawak

Sunset
Pemandangan kampung seberang

Kami dinner di Gerai 25, Top Spot Food Court. Sedap juga food kami malam tu. Kenyang perut, hati senang. Hehe. Lepas dinner, terus balik ke hotel.

Oyster pancake 
Sekian hari pertama di Kuching, Sarawak. Thanks for reading!