Monday, September 16, 2013

Munich, Germany - Part 2: Sebelum EUFA 2012 Champions League Final

Assalamualaikum & haluuu!

This is really long overdue post! Maaf, I mengambil masa setahun lebih untuk update. Haha. Soooo, untuk refresh balik cerita trip to Munich nih, sila-silakan laa klik previous posts :)


Alright, mari sambung kenangan trip to Munich ini. Hari kedua di Munich, 19 Mei 2012. Woke up early sebab matahari terbit awal. Rise and shine! Bersiap-siap dan turun breakfast di hotel cafe. Hari nih ialah hari UEFA 2012 Champions League Final. Bandar Munich meriah dengan penyokong Bayern Munich. Kalau ada yang tatau, Bayern Munich nih kelab Germany. Kira tuan rumah laa. Pagi-pagi dah kedengaran fans chant lagu kelab diorang. Siap kalau ternampak Chelsea fans diorang akan chant, 'Who the f**k is Chelsea. Wooo Wooo!'. Haha. Suami sepanjang kat sana langsung tak pakai jersey chelsea sebab dia cakap takut diorang fanatik. Lagi pon kita kan orang luar. Hari nih kami nak survey train ke stadium, Allianz Arena. Tapi kami tak naik pon train, just carik platform and gate mana jek. Lepas tuh masa kat subway station, ternampak advertisement yang ada festival sempena final nih kat Olympia Park (http://www.olympiapark.de/en). So, kami decide pergi ke sana.

Cuaca pagi di Munich.
Macam hari sebelum nih, kami akan naik train dari stesen Hauptbahnhof ke stesen Marienplatz. Sebelum amik train ke Olympia Park, keluar jalan-jalan lagi kat dataran Marienplatz. 

Dari station Marienplatz.

Sekitar dataran Marienplatz.
Masa tuh awal lagi, dalam pukul 8.15 pagi. Jalan-jalan sekitar situ dan ke Viktualienmarkt yang banyak kedai makanan. Kira macam food market in Munich. Banyak sangat makanan yang mampu membuat I tertelan air liur. Tapi bila memikirkan status halal, I memang hanya mampu telan air liur saja laa. Kalau ikut selera, memang laa nak try pretzel Germany yang famous amos tuh. Tapi apakan daya. Huhu.

Bangunan sekitar Marienplatz ke Viktualienmarkt.

Kedai di kawasan Viktualienmarkt.

Berderet-deret kedai jual makan sesaja.

I berangan nak beli my first Birkenstock sandal kat sana. Tapi hari tuh hari Sabtu. Kalau kat Munich, hari Sabtu banyak kedai bukak lambat or tutup. So, suami cakap nanti-nanti survey pulak. Ada lagi dua hari stay sana kan. Bila dah puas pusing-pusing sana, kami turun balik ke stesen Marienplatz dan amik train ke Olympia Park. Sampai jek kat sana, ternampaklah BMW Museum, Mercedes Centre dan banyak lagi bangunan lain. Kami tak masuk pon, just tengok-tengok dari luar jek. Berjalan menuju ke Olympia Park. Dah ramai dah orang kat sana. Rupanya ada big screen untuk live final nanti. Siapa yang tak dapat tiket akan lepak kat situ untuk tengok final. Patut laa meriah dengan festival semua.

Inilah manusia yang paling happy bila sampai Munich. Hehe.

Cantik sangat Olympia Park nih.


Lama jugak kami kat situ. Shopping official merchandise sikit untuk dibuat kenangan. Beli Official t-shirt untuk pakai masa final malam tuh. Hehe. 


Bila almost tengah hari, kami pon bergerak untuk balik ke hotel. Perut pon dah lapar. Balik hotel makan roti Gardenia dengan tuna lagi. Haha. Itulaa menu kami kat sana. Time tuh dapat makan macam tuh pon dah rasa nikmatnya Ya Allah. Heh. Solat zohor dan rehat-rehat kejap. Bersiap dan keluar balik untuk ke stadium for UEFA Champions League Final. Wohoooo! Acara kemuncak yang dinanti-nantikan. Hehe. Nanti I sambung cerita final tuh dalam next entry ok! Thanks for reading cerita tertunggak I nih. Byeeeee :)