Monday, May 28, 2012

Trip To Beijing, China - Part 2

Haluu!

I bersiaran langsung dari rumah untuk menyambung kisah percutian ke Beijing. Harap-harap dapat habiskan dengan entry ini :)

Seterusnya, kitorang dibawa melawat ke Tian'anmen Square dan Forbidden City. Sebelum trip nih, I memang bercita-cita sangat nak melawat Forbidden City. Pengaruh filem China sangat kan. Hehe. Bila dah sampai, memang seronok. Padahal melawat bangunan-bangunan lama jek. Dalam Forbidden City nih banyak istana-istana kecil untuk setiap maharani. Maharaja kan kawen ramai :p Pastu I tanya laa tour guide kitorang daripada China, Eva tempat nih ke yang diorang dok shooting filem tuh. Dia cakap, bukan. Ada satu tempat yang jauh dalam lebih kurang 2 jam perjalanan daripada Beijing. Kat tempat tuh ada lagi satu Forbidden City. Diorang constructed sebijik macam Forbidden City yang asal nih. Kat situ baru boleh berlakon. Owhh, Tian'anmen Square tuh kira macam White House laa. Tempat pentadbiran negara China. Kitorang bergambar kat dataran depan Tian'anmen Square. 

Opps! Sorry. Ada gambar sama kat bawah nih. I  tak perasan. Dah siap combined baru perasan. Tengok suami, dah pakai mask dah. Memang sepanjang kitorang kat sana, cuaca sejuk sangat. Tapi tak sampai negative degree celcius laa. I masih kental tanpa mask. Tapi hari melawat Great Wall tuh I tertewas jugak. Apa yang I paling suka masa kat sana ialah pokok-pokok yang tak berdaun tuh. Cantik. Hehe. Selepas lebih kurang separuh hari di sini, kitorang dibawa ke tempat-tempat yang diwajibkan oleh kerajaan. Tapi I dah tak ingat ke mana. Ada satu  tempat tuh dinamakan Boafuling Centre. Tempat nih menghasilkan produk krim untuk merawat anggota badan yang terkena api or bara or benda panas. Krim nih elakkan kesan melecur. Diorang ada demo pegang besi panas. Tapi kitorang tak beli pon :)




Next day! Tempat yang dinanti-nantikan. Tempat yang I memang sangat looking forward to jajah (chewahh! , Great Wall baybehh! Impian menjadi kenyataan bila dapat mendaki Great Wall. Walaupon anak tangga sangat mencabar dan besar-besar untuk orang berkaki pendek macam I, I managed memanjat sehingga tempat certificate yang tertulis 'I have climbed The Great Wall' diberikan ;p That was definitely my proud moment. Untuk makluman, banyak pintu ke Great Wall. Ada satu pintu yang ada pad lock banyak-banyak yang tourists letak and ada cable car. Tapi kitorang masuk ikut Badaling Shuiguan Great Wall Scenic Area. Eva pilih pintu masuk yang hampir dengan tempat kitorang berhenti makan dan solat. Pemandangan kat sini sangat cantik. Subhanallah. Tapi Eva cakap, kalau datang masa summer lagi cantik nampak hijau-hijau dan bunga-bunga. Yup, masa winter pemandangan macam kelabu-kelabu gitu. Tapi, still boleh tengok beautiful scenery. 

I've climbed the Great Wall, babyyyy! Whoot whoot! ;D



Keesokkan harinya, kitorang dibawa ke Beijing Panda Zoo. Hehe. Tapi tengok panda dari cermin jelaa. Tuh pon dah rasa seronok dah. First time tengok panda depan mata. Panda memang keja makan dan tido memanjang. Sila lihat gambar di bawah :)

Hari nih bermula la aktiviti membeli-belah! Kitorang dibawa ke Silk Street dan Yashow Market. Serius memang syurga membeli-belah. Baju budak-budak sangat banyak dan murah. Kasut pon macam tuh. Bed sheet, comforter, table runner banyak sangat sampai pening nak pilih. Kitorang datang 1 luggage sederhana besar, tapi balik luggage beranak kepada 1 lagi luggage :p Kalau sesiapa yang nak buat bisnes jual baju, cadar, beg ke apa ke sila lah ke sini. Borong banyak-banyak. Hehe. I cerita banyak pasal shopping, tapi I tadek satu gambar pon kat situ. Hukhuk. Silk Market ada 5 tingkat tak silap. Each floor jual barang sama. Kalau beg, beg jek 1 floor. Kalau kasut, kasut jek 1 floor. Memang tak puas jalan laa. 



Sehari sebelum berangkat pulang ke Malaysia, kitorang ke Beijing Olympic 'Bird Nest' Stadium yang sangat dibangga-banggakan oleh rakyat China. Menurut maklumat yang diberikan, stadium ini dibina menggunakan wang yang separuh dibiayai oleh kerajaan, separuh lagi hasil kutipan daripada syarikat-syarikat dan rakyat China. Stadium ini menggunakan sistem solar dan menggunakan sisa bahan binaan yang terhasil pada sesetengah struktur. Tapi memang gah sangat stadium nih. Structure sangat unik. 


Selepas puas stadium tour, kitorang ke Hard Rock Cafe untuk beli apa yang patut. Hehe. Owhh, hari sebelum-sebelum tuh (sorry, serius dah lupa) Eva bawa kitorang ke masjid tertua di Beijing, Niujie Mosque di tempat nama Niujie. Kat sini memang kawasan muslim. Kat sini laa boleh jumpa perempuan China bertudung dan lelaki berkopiah. Ada satu market yang jual makanan halal. Kitorang ke situ konon-konon nak try local food laa. Tapi bila tengok lain macam sket, terus tekak takleh terima. Huhu. Pastu ada kejadian bengong, akak yang satu group dengan I nak beli sejenis makanan tuh. Dia tanya laa, 'What is this?'. Aunty yang jual tuh cakap cina mula-mula. Then dia cakap english, 'Rats'. I, husband and akak tuh terkejut la. Takkan jual tikus pulak!! Kata halal. Pastu datang sorang budak yang kerja situ, I tanya dia pulak, Dia jawab, 'This is rice'. Hahaha. Hampeh punya aunty! Sebut elok-elok laa!!. Gelak-gelak kitorang depan kedai tuh :D



Yeayyy! Gambar terakhir dah kat atas tuh. Pheww! Berjaya jugak I melunaskan janji I. Legaaaaa. Itulah sedikit sebanyak kenangan percutian I ke Beijing, China :)

Ok

Trip To Beijing, China - Part 1

Haluu!

Entry ini adalah membayar janji untuk upload gambar percutian I dan suami ke Beijing, China pada 20 hingga 26 Disember 2011. Amik ko! Dah dekat setengah tahun baru update. Huhu.

Kami pergi ke Beijing menggunakan khidmat Poto Travel Tour, amik Muslim Tour Package. Senang, tak payah nak susah hati or pening kepala fikir pasal waktu solat nak solat kat mana, nak makan macam mana? Halal ke tak? Time dalam flight dari Hong Kong International Airport (nak package murah terpaksa la amik transit di HKIA) tour agent dah siap-siap order halal meal untuk group kitorang. Kalau dari KLIA tak perlu risau sebab semua flight akan amik MAS catering yang memang halal. Trip kali nih memang seronok sebab semua yang dalam group tuh meriah dan boleh geng. Tour guide kitorang, Fairuz pon sangat helpful dan friendly :)

Oleh kerana hampir setengah tahun baru nak update, harus laa I dah terlupa banyak details pasal trip kali nih. Maafkan saya. So, I bercerita melalui gambar-gambar di bawah nih laa ek. Gambar pon banyakkk sangat. Maka I combined jadik seperti di bawah :) Marilah layan cerita percutian I yang ingat-ingat-lupa dah nih :p

Kuala Lumpur International Airport > Hong Kong International Airport > Beijing Airport

Lihat gambar bawah paling kanan. I kelihatan tinggi, bukan? Hahaha. Sempat! Owhh, maaf lah gambar setiap hari di sana memakai winter jacket yang sama. Tak kuasa I nak beli banyak-banyak winter jacket dan  disumbat dalam luggage. Membazir ruang. Lagipon suami cakap, 'kalau beli banyak-banyak pon bukan boleh pakai kat Malaysia. Kalau nak pakai time cuti-cuti next time mungkin U dah gemok dan tak muat dah'. Chaittt!

Cuaca adalah sangat sejuk. Time sampai, keluar nak tunggu bas, rasa kesejukan sampai ke tulang. Terus bukak luggage amik winter jacket, glove dan scarf. Time tuh suhu 4 deg celcius kalau tak silap. Menggigil! Sampai Beijing dah malam. Kitorang terus dibawa makan malam, dihantar ke hotel dan tidur.




Keesokkan paginya, kitorang dibawa melawat The Summer Palace or Istana Musim Panas untuk keluarga Maharaja China. Tempat  nih cantik sangat. Dan besar! Memang tak larat nak berjalan. Angin pon sangat kuat. Kesejukan melampau time tuh sampai berair-air hidung. Tengok gambar kat bawah sebelah kanan atas nih, ada kawasan tasik yang beku. Kat situ ramai orang China main ice skating. Kalau ke Beijing, tempat ini adalah wajib dilawati. Package yang kitorang amik nih agak lama, dalam seminggu trip. Kiranya satu hari tuh pergi satu tempat menarik dan kemudian dibawa ke tempat-tempat yang diwajibkan oleh kerajaan China seperti kedai teh laa, kedai mutiara laa, kedai sutera laa. Tapi kira ok laa macam nih sebab tak kelam kabut. Boleh stay kat satu-satu tempat tuh lama sket :)




Alamak, officemates I semua dah balik. I pon nak balik laa. Nanti I sambung lagi ek. Bye!!

Monday, May 21, 2012

Munich, Germany - Teaser




Munich, Germany. 20 May 2012.

- Posted using BlogPress from my iPhone