Tuesday, January 4, 2011

Shenzhen & Hong Kong Trip - Day 3


Owhh, lama jugak nak siap semua entry pasal percutian nih. Hehe. Sabar jelaa. Memandangkan internet laju malam nih (I dah terminate C*lc*m broadband and pakai P1 Wiggy 4G. Setakat nih, connection mmg superb!), I pon terus laa upload gambar-gambar untuk hari ketiga percutian. Kali nih percutian di Hong Kong! When we first arrived in Hong Kong, I dapat rasakan yang environment agak lain. Hong Kong is such a beautiful city with beautiful architectural and design of the buildings. Serius, bangunan kat Hong Kong semua cantik-cantik. And the night view in Hong Kong sangat laa cantik. Colourful. Every building akan dipasang lampu yang colourful. Mari tengok gambar-gambar kat Hong Kong nih. This time photos arrangement mengikut turutan peristiwa :)

Sampai dari Shenzhen and tunggu Peter, tour guide Hong Kong sampai. Sejam tunggu due to miss-communication. Dah laa sejuk nak mati!Tengok, I pon dah tukar pakai jacket yang tebal.

Peter sampai and bawak kami melawat along Tsim Sha Tsui Promenade. Kat situ boleh nampak pemandangan Hong Kong sebelah west. Kat situ jugak ada Avenue of Stars yang ada patung Bruce Lee and palm print artis Hong Kong.

 According to Peter, Hong Kong is listed as one of the best port in the world. Memang bole nampak banyak kapal-kapal besar berlabuh kat Hong Kong.
 A family of 10 :)

My brother in law yang memang sukati dia nak posing di mana-mana walaupon ramai orang. Hehe.

 See, told you so ;)



Look at the buildings behind me. Cantik kan?


Next stop selepas berhenti solat di Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre ialah Ladies Street (Tung Choi Street). Syurga membeli belah lagi. Tapi frust sebab Peter kasik kami masa 30 minit saja. Mana cukup! Just pusing-pusing dan beli fridge magnet. Kat sini macam-macam jenis barang ada, pakaian takyah cakap laa. Berlambak. Tapi, bukan branded la. Ala-ala style Uptown la.


Selepas tuh, kami dibawa ke Abardeen Harbour untuk sampan tour. Naik sampan pusing-pusing harbour tuh.  $HK 50 per person. Oklaa. Tengok kawasan nelayan diorang. Peter cakap, sebelum kawasan tuh dibangunkan kerajaan, nelayan-nelayan nih yang dulu jumpa kawasan nih. diorang buat rumah sampan. Jadik, bila kerajaan amik, diorang komersialkan bot and bagi elaun kepada setiap pemandu bot. Untuk tujuan pelancongan laa. Owhh, gambar kat atas tuh ialah restoran terapung, Jumbo Boat Restaurant yang boleh memuatkan 4000 orang dalam satu masa.


 Lepas Sampan Tour, kami ke Repulse Bay. Kawasan pantai dan kediaman elit. Peter ada tunjukkan rumah Jackie Chan. Tapi, gambar tak clear. Memang cantik laa bangunan and rumah-rumah kat situ. Tambah pulak dah gelap, so view sangat cantik dengan lampu-lampu.


Selepas dinner and semayang, kitorang naik ke Victoria Peak. Tak menggunakan tram, tapi naik terus dengan bas. View kat peak tuhhh laaaaagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii cantik.Tapi, orang ramai sangat. Berasak-asak nak dapat nice port. Plus camera tak bekerjasama. Shutter speed jadik slow tetiba. Maybe sebab sejuk sangat kot.HAHA. Gambar kat atas tuh jek yang ok ;( Kat The Peak nih ada Madame Tussauds; famous celebrity wax figures.


Lepas turun dari Victoria Peak, sekali lagi singgah kat Tsim Sha Shui Promenade untuk tengok night view. Jadik, kami pon amik gambar puas2. Cover balik gambar kat The Peak yang tak berapa nak jadik. See, cantik kan night view kat Hong Kong? Colourful kan?



Tengok, cantik kan? See the light's reflection atas air laut tuh?


 Accidently captured by husband, but it turned out macam cool pulak.hehe.


Another stranger passing by while husband's capturing the view.



Last destination on that day, Temple Street. Another street shopping place. Tapi kat sini banyak jual funny-funny stuff bak kata Peter. Apa yang funny-funny stuff? Adult toys yo! Heheh. After spent more than 1 hour kat Temple Street, Peter pon hantar kami pulang ke hotel, Newton Hotel. Sampai bilik, terus buat maggi cup. Lapaq wehh. Hehe.


One more entry guys. Day 4 in Hong Kong Disneyland!Woott! Stay tune!

Monday, January 3, 2011

Shenzhen & Hong Kong Trip - Day 2

Hallooooooo! Selamat Tahun Baru 2011, everyone! Macam mana permulaan tahun baru u'ols? Ada yang kena pegi sekolah tunggu anak ke? Hehe. Mine, just a great start. Mana taknya, arini semangat sampai office awal. Sebelum pukul 7.15 lagi. Bukan apa, nak elakkan jam sebenarnya. Sebab sekolah dah start kan?

So, today I nak sambung share pasal percutian I dengan u'ols. Memang tak abeh lagi yer. Akan ada lagi 2 entry. Hehe. Gambar banyakk. Especially gambar hari keempat kat Hong Kong Disneyland. Saja I nak simpan kenangan nih dalam blog. That's why I upload banyakkk gambar :)

Ok, marilah sambung pasal percutian I. Hari pertama di dalam entry ini, ok? Hari kedua percutian masih lagi di Shenzhen. Tapi kali nih banyak tour ke tempat-tempat tarikan pelancong seperti tempat jewellery especially jed, kedai ubat dan ginseng (standard itinerary laa kan kalu pegi China) di mana setiap family or couple akan diserahkan kepada seorang Professor yang akan tengok tapak tangan dan cakap apa penyakit kita. Tapi, macam tak logik bila dia tengok tapak tangan I dan cakap I sehat walafiat. HAHA. Biar betul, kan? I dan suami tak terjebak untuk membeli apa-apa ubat dari kedai tersebut. Syabas!

After that, kami di bawa ke Window of The World, di mana dalam tuh ada replika binaan hebat seluruh dunia seperti Eiffel Tower, Taj Mahal dan lain-lain. But it's optional; you have to pay kalau nak masuk sebab tak include dalam tour package. So, our family decided amik gambar kat luar dan jalan-jalan shopping kat complex opposite Window of The World. Sebab dari luar pon dah nampak cantik kalau nak amik gambar. After spent about 2 hours at Window of The World (for those yang masuk) and shopping (for us), tour guide Miss Lulu brought us to Splendid of China. It's like taman laa, yang dalam dia ada miniature architecture macam Great Wall of China, Istana Maharaja, Temple. Cantik. Lastly, kami tengok persembahan kebudayaan China. Macam-macam tarian and sangaatttt cantik and colourful diorang punya costumes and props. Nice!

Ok, jom tengok gambar! *maaf, susunan gambar tunggang langgang lagik*

Us, a family of 10 *gelaran tour guide kat Hong Kong kasik* dalam Splendid of China park.

Hubby-wifey :)

Photo was captured by me :)

Waiting for the dance show to start.

Ini masa mula-mula sampai kat Splendid of China. Belakang tuh bukan Naga, tapi Pixue. Orang China percaya Pixue ni their lucky animal. Kalau jumpa, gosok dari kepala sampai ekor, lepas tuh terus masuk tangan dalam poket. Maksudnya, untuk wealth laa. Untuk duit. Boleh dikatakan kat semua bank in China mesti ada Pixue kat depan pintu masuk. Sepasang, male and female.

Nih kat dataran depan Window of the World. Sejuk time nih. Temperature for 2nd day tuh 6 deg C. Belakang I tuh laa complex yang kami pegi sebab tak masuk Window of The World.


Kat luar nih pon dah cukup cantik untuk amik gambar.

Belakang husband I tuh tangga entrance to Window of The World.

Nih dalam Impression Theater in Splendid of China park time persembahan kebudayaan. Nih dah persembahan penutup dah. Leka sangat tengok persembahan diorang sampai terlupa nak amik gambar. Last-last baru ingat. Hehe. 

Hari ketiga dan keempat pasal Hong Kong pulak! Stay tune!