Friday, December 31, 2010

Shenzhen & Hong Kong Trip - Day 1

As I mentioned in the previous entry, my husband's family and I went for our holiday in Shenzhen and Hong Kong. Kami terbang menggunakan Cathay Pacific Airlines dari KLIA ke Hong Kong International Airport (HKIA), boarding time pada 9.50am. Tapi kami berkumpul di KLIA pukul 6.30am! Huhu. Sebab menggunakan travel agent, jadi berkumpul laa ramai2 di situ. Semua sekali 28 orang in one group. Meriah! Travel agent yang dipilih oleh mak mertua ialah POTO Travel and Tours. Tapi, ada jugak laa kekurangan here and there. Biasalah tu. Eventhough lack here and there, family kami tetap gembira dapat bercuti :) Sampai jek di HKIA, kami semua disambut oleh travel guide yang akan bawak kami jalan-jalan di Hong Kong pada hari ketiga dan keempat. Hari pertama dan kedua akan dihabiskan dengan melawat Shenzhen. Naik bas dari HKIA menuju ke border Hong Kong dan Shenzhen. Perlu melepasi pemeriksaan Imigresen Hong Kong, lepas tuh pemeriksaan Imigresen China pulak sebab nak masuk Shenzhen. Agak leceh laa..nak keluar dari Shenzhen and masuk Hong Kong pon kena melalui imigresen lagik. Oklah, marilah kongsi sket gambar percutian I pada hari pertama di Shenzhen. Sorry, photos arrangement mcm tak ikut turutan peristiwa.

Di HKIA

Keluar dari Shenzhen Bay Port selepas pemeriksaan Imigresen China. Menuju ke bas untuk tour Shenzhen dan balik hotel.

Di HKIA jugak.

Shenzhen Bay Port

Time tunggu ahli-ahli tour yang lain yang tak lepas China Immigration check lagi. Biasa la, pergi ramai-ramai memang akan kena tunggu :)

Pintu ketibaan Shenzhen Bay Port

Nih time on the way nak pergi ke Hong Kong Immigration dari HKIA. Lalu bridge yang cantik dan panjang. Tapi gambar kurang cantik sebab ambik dari dalam bas.

Signboard yang ada di Hong Kong, ada English jugak. So, jangan risau kalau takut tak paham. Cuma, diorang nih tak berapa pandai cakap English. Dengan siapa-siapa pon diorang akan cakap Kantonis/ Mandarin. Tapi, diorang pandai cakap Bahasa Indonesia. Bila nampak orang Malaysia pon dia akan berkomunikasi Bahasa Indonesia. Bolehlahh.

Nih kat KLIA tgh tunggu boarding time. Kan I dah cakap susunan gambar tunggang langgang. Hukhuk.

Dinner at the Muslim restaurant in Shenzhen. Tapi, I tak dapat dengar dgn jelas nama kawasan tuh bila tour guide bagitau. So, I tatau di mana restaurant ini. Sorryy.

Dinner at this place.

Lepas dinner, our tour guide Miss Lulu bawak shopping at Dongmen Street. I tak beli apa pon selain glove sbb dah start sejuk time tuh. Temperature malam tuh dalam 8-10 deg C. Biasa la, orang negara suhu tropika macam kita nih mesti laa rasa sejuk eventhough baru 10 deg C. Kalau -10 deg C mau  berbungkus-bungkus agaknya. Hehe.

Meriah sangat Dongmen Street nih. Memang syurga membeli belah laa. Tapi, husband dok ingatkan, tujuan kita nak jalan-jalan, bukan memborong. HAHA.

Lepas jalan-jalan window shopping kat Dongmen Street, terus dibawa balik hotel untuk rest. Hotel yang disediakan dalam tour package ialah Shanshui Trends Hotel. Tak besar, tak kecik. Bilik pon selesa. Ok laa, buat tidoq jek.

More photos and stories on Day 2 in next entry. Stay tune!

Thursday, December 30, 2010

5D4N - Shenzhen & Hong Kong


Will upload more photos and stories later. I need time to transfer and choose photos from my vacation.
Later, okayy :))

Thursday, December 23, 2010



24th - 28th December 2010
:)



Tuesday, November 9, 2010

Penang Trip

Assalamualaikum & haluu!

Nak update sikit pasal Penang Trip I aritu, 25hb - 28hb Oktober 2010. Berkursus sambil makan banyak dan makan angin. Hehe.
 I bersama Cik Nadia. Makan di Teluk Tempoyak. Perghhh! heaven I tell youuu. Sedap gilos. Pastu kenyang mcm dugong. Haha.

Di atas feri. Malam first day sampai. I jadik pemandu pelancong mereka sebab I dan Penang kan ada nostalgia. Belajar bertahun-tahun kat Penang dan juga destinasi chenta I dan suami.Haha. So, macam kacang sangat laa jalan-jalan kat Penang nih. Chewaahhh. Time nih bawak diorang makan kat Padang Kota.

Gambar begini harus ada jika menjejakkan kaki di Penang. Kalu tak macam tak Penang laa kan. Hehe.

Nih di Batu Feringghi. Jalan-jalan kat night market. Kami pergi awal. So, banyak gerai yang tak bukak lagi. Jalan-jalan kejap, pastu balik tidoq. Tapi si Nadia laa tidoq. I gigih study untuk PTK. Hukhuk. Yerr, memang aku sangat gigih time tuh. Pegi Penang bawak buku segala.



Nih kat Teluk Tempoyak. Susunan gambar adalah tunggang langgang. Maafkan saya!
 
Muka tengah mengah nak habiskan nasik kandaq line clear. Giler banyak. Mengah sungguh. Tak tipu punya.


Inilah tujuan sebenar membawa diri ke Penang. Hehe. Nih sumer participant unttk program nih. Kepala gila-gila semuanya. 

Ok, bye-bye Penang. Till we meet again!