Thursday, July 9, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah Trip - Part 2

Assalamualaikum & haluu!

Selamat pagi semua! Marilah kita sambung entry dengan gambar-gambar percutian di Melaka. 

Cahaya keimanan di seluruh badan suami. Alhamdulillah.Haha.


Sebelum menaiki tangga ke puncak kejayaan, layan dulu encik penyanyi jalanan menyanyikan lagu bob marley - no woman no cry.

Benar seperti kata puan Lady si pemilik blog ini. Memang Melaka sudah banyak berubah. Sudah membangun dengan pesat. Tengok gambar nih pon bole nampak bangunan bersejarah itu sudah dikelilingi oleh bangunan-bangunan besar yang lain.







Sesudah itu, kami menuju ke Menara Taming Sari.


View dari atas Menara Taming Sari pada ketinggian 80 meter. Cantik dah Melaka sekarang ni, kan.






Cubaan untuk berkomunikasi dengan Hang Tuah. Bertanyakan di mana keris taming sari agaknya.





Rasanya tak pernah jemu ke Melaka. Dari kecik sampai dah kahwin pun tetap rasa best bila ke Melaka. Nampaknya, Melaka memang dekat di hati. Hehe.

Wednesday, July 8, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah Trip - Part 1

Assalamualaikum & haluuu!

Ini adalah beberapa keping gambar-gambar hasil percutian pendek suami isteri di Melaka Bandaraya Bersejarah. Gambar-gambar lain will be updated soon. Haha. Entry Melaka pun nak kena ada sambungan. Layankan jelaa..

Dataran Pahlawan

Jalan-jalan cari makan dulu.

Bangunan putih itu ialah hotel Legend Inn yang dijadikan tempat penginapan suami isteri semasa di Melaka.

Tilam dan bantal yang sangat empuk.



Gambar diambil dari bilik di tingkat 9

The Jetty

Dah puas berehat kat bilik, bersiaplah kami untuk melawat Bandaraya Melaka.


Entry bersambung...

Friday, June 12, 2009

Bukit Tinggi & Genting Highland, Pahang

Assalamualaikum & haluu!

Nak upload sikit gambar-gambar cuti-cuti Malaysia dengan suami. Kami ke Bukit Tinggi dan Genting Highland. Tapi kali nih memangg malas nak bercerita panjang. So, biar gambar yang bercerita pleasee. Hehe.


















Ini adalah trip yang tidak dirancang. Day trip jek sebab suami baik hati nak tunjuk jalan kat isteri sebab nanti isteri ada kursus kat Colmar Tropicale, Bukit Tinggi on the following week tuh. Sekejap jek kami lepak kat situ. Separuh hari dah chow. Hehe.
















Kat atas tuh pulak some of the photos masa kami ke Genting Highland pada 28 Mac. Dah lama jugak laa. Saja jalan-jalan. Again, trip yang tak dirancang jugak. Hehe. Masa kat Genting Highland, terserempak dengan kawan-kawan universiti. Tapi memang dah tau diorang ke sana on that date pon. Seronok jugak jumpa kawan terserempak-terserempak camtu. Haha.

Itu saja laa update untuk kali ini. Bye.