Wednesday, November 25, 2015

Food Hunting : Rimba & Rusa, Sunway Nexis Kota Damansara

Assalamualaikum & haluuu!

Last Sunday was our 7th wedding anniversary. Alhamdulillah. We have had our own struggles, but each year we learn from it and it has been a blessing to us. It’s another year to create precious memories together, another year to discover new things to enjoy about each other. Semoga bahagia hingga ke Jannah. InshaAllah.

For this year, we celebrated our anniversary by going out for lunch and movie. When the husband asked where to eat, I just chose Rimba & Rusa Café, Sunway Nexis Kota Damansara. It’s simply because I happened to click on their Instagram and found out that I love their café’s decoration. Hehe. Dah 7 tahun, malas dah nak plan macam-macam. Ke Rimba & Rusa lah kita! Hehe.

Kami guna waze untuk ke sana. Rupanya kat area yang kami biasa pergi jugak sebelum ni. Masa sampai memang waktu lunch. So kami kena tunggu sekejap kat luar. Masuk ke dalam café, memang cantik decoration. Café taklah besar sangat, tapi ada dua tingkat. Just nice. 

Menu.

Decoration
Untuk choices of food and drinks, agak banyak pilihan. Selain main entrée, ada jugak cakes and desserts. Tapi kami tak try pun sebab dah kenyang makan pizza and steak. Price-wise, tidaklah murah sangat. Cuma kalau nak suasana café yang menarik, boleh la ke sini. Lagi best kalau datang masa tak ramai orang. Privacy sikit. 

Seven Years.

Pizza and steak for lunch.

Duduk makan, sembang, makan, sembang. Entah apa la yang kami sembang. Haha. Then kami pun bergerak ke E@Curve untuk menonton Mockingjay Part 2.

Everyday is Sunday.
So, that’s how we celebrated our wedding anniversary. Haha. The end. Bye!



Rimba & Rusa by Wondermilk
D-GF-01 Sunway Nexis, Kota Damansara, 
Persiaran Surian, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor

Bukit Broga, Semenyih.

Assalamualaikum & haluuu!

Ini cerita 29 Ogos 2015. Seawal jam 4.00 pagi kami dah bergerak dari rumah ke Bukit Broga, Semenyih. It was our first time hiking Bukit Broga. Sampai sana dalam pukul 5.15 pagi. Terus mendaki ke atas dengan bantuan head lamp dan torchlight. Tapi tak risau sangat sebab ramai orang. Meriah suasana sepanjang pendakian. 

Sebelum memulakan pendakian.
Mendaki sehingga Peak 2. Solat subuh dan tunggu sunrise. Oleh sebab ramai sangat orang pada hari tu, pandai-pandailah cari spot nak solat dan lepak. 

Matahari mula menampakkan dirinya.


Yang menarik di Bukit Broga adalah lalang-lalang ni. Hehe.
Panorama view from Peak 2.
Love this photo!

Dah puas melayan sunrise, kami sambung mendaki ke Peak 3. Pun ramai jugak orang mendaki. Kena tunggu giliran nak memanjat. Hehe. 

Berlatarbelakangkan Peak 3.


Sesampai di Peak 3.

400 meter.

Us.

Masa nak turun barulah tau keadaan bukit tu macam mana. Masa mendaki kan gelap gelita. Hehe.
Turun dari Bukit Broga, kami pun terus bergerak balik. Sebelum balik, singgah breakfast dulu. Itulah cerita Sabtu kami. 


Life is full of adventures. But I'm glad that i had it with you. Thanks for a wonderful journey.

Monday, November 9, 2015

From Taiping With Love - Run & Travel

Assalamualaikum & haluuu!

Trip kali ini adalah percutian 2 hari 1 malam ke kampung halaman isteri iaitu Taiping, Perak. Hehe. Sebenarnya kami suami isteri join Taiping Raintown Half Marathon. Event pada Ahad, 23 Ogos 2015.  Kami bertolak dari KL ke Taiping pada hari Jumaat selepas kerja. Esoknya hari Sabtu tu, kami keluar awal sebab nak ke Bukit Larut dulu sebelum race kit collection. It was our first time ke Bukit Larut menaiki jip. Walau pun isteri orang Taiping, isteri hanya pernah sampai di kaki Bukit Larut sahaja. Haha. 

Tiket berharga RM6/ dewasa


Kami sampai di kaunter tiket pukul 8.30 pagi. Jip ke atas Bukit Larut pada jam 10.00 pagi. Dua jam kami akan berada di atas sana untuk menikmati pemandangan. Memandangkan kami dah breakfast sebelum ke Bukit Larut, maka kami duduk jelaa kat situ menunggu masa untuk naik jip.

Sementara menunggu Jip.

Gambar diambil oleh Abang jaga kaunter tiket. Daun digunakan sebagai prop. Haha.

Perjalanan menaiki jip ke puncak mengambil masa lebih kurang 20 minit. Boleh tahan seram jugaklah sebab jalan adalah sempit dan muat untuk satu jip sahaja. Tapi driver sangat cekap dan keadaan jip adalah baik dan selesa. Sepanjang perjalanan terserempak dengan ramai orang yang mendaki ke puncak. Makin tinggi naik, makin sejuk. Selepas lebih kurang 20 minit, akhirnya kami sampai di puncak. Cantik rupanya pemandangan kat sini. Aktiviti kat atas ni hanyalah untuk bergambar semata-mata. Kalau nak picnic boleh la bawa makanan masa naik. Sebab nak tunggu dua jam kat atas ni agak lama jugak. Hehe. 

Sayangnya Cafe ini dah tak beroperasi. Kalau tak boleh minum kopi kat sini.

Puncak Bukit Larut.


Bandar Taiping dari puncak Bukit Larut.




After 2 hours, jip pun datang untuk bawa kami turun. Then kami terus ke Padang Esplanade Taiping untuk race kit collection. Suami ajak ke ‘Bawah Cashier’ untuk makan Mee Combat (orang Taiping panggil food court tu ‘bawah cashier’). Memang favourite suami. Kalau balik kampung mesti kena makan mee combat. Hehe. Lepas lunch, on the way balik rumah nenek, kami singgah Spritzer Eco-Park. Suami ajak main golf kat situ. Hehe. Tengah panas terik tu kami beradu kekuatan bermain golf. Haha. Tiada entrance fee dikenakan kalau nak masuk ke eco-park tu. Tapi untuk bermain 18 holes golf, RM12/ adult dikenakan. Dapat free seorang sebiji bola golf. Boleh pilih warna apa nak. Lepas berangan menjadi Tiger Woods dan Yani Tseng, kami pun balik ke rumah. Petangnya kami ke Pasar Malam Changkat Jering. Kalau sesiapa berdekatan Changkat Jering, singgahlaa Pasar Changkat Jering. Laksa, pecal, satay, kuih muih semua sedap-sedap belaka. Jangan lupa cuba ye!


Happy bola masuk lubang. Haha.
Gaya lebih.

Score card.



Ahad, 23 Ogos 2015. Bangun awal pagi-pagi buta. Pukul 4.00 pagi dah keluar ke Padang Esplanade. Suami join Half Marathon. Start pukul 5.00 pagi. Isteri join 10KM, start pukul 6.30 pagi. Organizer for this event sangatlah bagus. Surau yang disediakan sangatlah selesa. Toilet pun banyak. Food and drinks pun banyak. Siap ada laksa, kueh teow (goreng kat situ), nasi lemak. Haha. Dah macam food festival pun ada. Baik sangat orang Taiping kan? Ehh. Haha.

Larian pertama isteri selepas laparotomy. Huhu.



Lepas larian, tak kemana-mana dah. Balik rumah tok. Lunch sana dan bersiap-siap nak balik KL. Lepas zohor kami bertolak pulang ke KL. Tamatlah sesi run and travel kami di Taiping. Bye!