Assalamualaikum
& haluuu!
Trip kali ini
adalah percutian 2 hari 1 malam ke kampung halaman isteri iaitu Taiping, Perak.
Hehe. Sebenarnya kami suami isteri join Taiping Raintown Half Marathon. Event
pada Ahad, 23 Ogos 2015. Kami bertolak
dari KL ke Taiping pada hari Jumaat selepas kerja. Esoknya hari Sabtu tu, kami
keluar awal sebab nak ke Bukit Larut dulu sebelum race kit collection. It was
our first time ke Bukit Larut menaiki jip. Walau pun isteri orang Taiping,
isteri hanya pernah sampai di kaki Bukit Larut sahaja. Haha.
|
Tiket berharga RM6/ dewasa |
Kami sampai di
kaunter tiket pukul 8.30 pagi. Jip ke atas Bukit Larut pada jam 10.00 pagi. Dua
jam kami akan berada di atas sana untuk menikmati pemandangan. Memandangkan
kami dah breakfast sebelum ke Bukit Larut, maka kami duduk jelaa kat situ
menunggu masa untuk naik jip.
|
Sementara menunggu Jip. |
|
Gambar diambil oleh Abang jaga kaunter tiket. Daun digunakan sebagai prop. Haha. |
Perjalanan
menaiki jip ke puncak mengambil masa lebih kurang 20 minit. Boleh tahan seram
jugaklah sebab jalan adalah sempit dan muat untuk satu jip sahaja. Tapi driver sangat
cekap dan keadaan jip adalah baik dan selesa. Sepanjang perjalanan terserempak
dengan ramai orang yang mendaki ke puncak. Makin tinggi naik, makin sejuk. Selepas
lebih kurang 20 minit, akhirnya kami sampai di puncak. Cantik rupanya
pemandangan kat sini. Aktiviti kat atas ni hanyalah untuk bergambar
semata-mata. Kalau nak picnic boleh la bawa makanan masa naik. Sebab nak tunggu
dua jam kat atas ni agak lama jugak. Hehe.
|
Sayangnya Cafe ini dah tak beroperasi. Kalau tak boleh minum kopi kat sini. |
|
Puncak Bukit Larut. |
|
Bandar Taiping dari puncak Bukit Larut. |
After 2 hours,
jip pun datang untuk bawa kami turun. Then kami terus ke Padang Esplanade
Taiping untuk race kit collection. Suami ajak ke ‘Bawah Cashier’ untuk makan
Mee Combat (orang Taiping panggil food court tu ‘bawah cashier’). Memang favourite
suami. Kalau balik kampung mesti kena makan mee combat. Hehe. Lepas lunch, on
the way balik rumah nenek, kami singgah Spritzer Eco-Park. Suami ajak main golf
kat situ. Hehe. Tengah panas terik tu kami beradu kekuatan bermain golf. Haha.
Tiada entrance fee dikenakan kalau nak masuk ke eco-park tu. Tapi untuk bermain
18 holes golf, RM12/ adult dikenakan. Dapat free seorang sebiji bola golf.
Boleh pilih warna apa nak. Lepas berangan menjadi Tiger Woods dan Yani Tseng,
kami pun balik ke rumah. Petangnya kami ke Pasar Malam Changkat Jering. Kalau
sesiapa berdekatan Changkat Jering, singgahlaa Pasar Changkat Jering. Laksa,
pecal, satay, kuih muih semua sedap-sedap belaka. Jangan lupa cuba ye!
|
Happy bola masuk lubang. Haha. |
|
Gaya lebih. |
|
Score card. |
Ahad, 23 Ogos 2015. Bangun awal pagi-pagi buta. Pukul 4.00 pagi dah keluar ke Padang Esplanade. Suami join Half Marathon. Start pukul 5.00 pagi. Isteri join 10KM, start pukul 6.30 pagi. Organizer for this event sangatlah bagus. Surau yang disediakan sangatlah selesa. Toilet pun banyak. Food and drinks pun banyak. Siap ada laksa, kueh teow (goreng kat situ), nasi lemak. Haha. Dah macam food festival pun ada. Baik sangat orang Taiping kan? Ehh. Haha.
|
Larian pertama isteri selepas laparotomy. Huhu. |
Lepas larian, tak kemana-mana dah. Balik rumah tok. Lunch sana dan bersiap-siap nak balik KL. Lepas zohor kami bertolak pulang ke KL. Tamatlah sesi run and travel kami di Taiping. Bye!
No comments:
Post a Comment