Monday, September 10, 2012

Munich, Germany - Intro: Bagai bulan jatuh ke riba

Assalamualaikum & haluuu!

Hallo! Wie geht es dir? (Hello! How are you?) =)

Omaigad! Punya laa lama ambil masa nak cerita pasal trip ke Munich, Germany nih. I hanya berkesempatan post entry berbentuk teaser beberapa bulan yang lalu. Huhu. Malam nih I ada sedikit kerajinan untuk berkongsi cerita dan kenangan kami suami isteri ke Munich.

Sebenarnya, trip ke sana di sponsor oleh MyEG dan ESPN. Kenapa? Sebab suami kesayangan I merupakan lucky winner untuk grand prize menonton perlawanan akhir UEFA Champions League di antara Bayern Munich FC vs Chelsea FC di Allianz Arena, Munich. Suami masuk competition 'Man Of The Match' kat ESPN, Astro. Setiap weekend, diorang akan pilih seorang weekly winner yang berpeluang untuk menang grand prize, Jangan tatau, ahkak pon salah seorang weekly winner jugak. Itu semua kerja suami yang guna handphone ahkak dan sms ke competition tersebut. Hehe. dah memang rezeki suami agaknya, beliau yang bertuah antara yang ramai-ramai tuh. Alhamdulillah, syukur.

Seminggu sebelum trip yang dijadualkan pada 18 hingga 22 Mei 2012, suami received call from ESPN yang bagitau beliau memang grand prize. Masa suami call I bagitau dia menang dan suruh ready nak gi Germany, I macam tak berapa nak percaya. I cakap suami tipu sebab dia hari-hari dok cakap dia rasa dia menang. Haha. Sungguh yakin! Sampai suami mms kat I email ESPN mintak nama penuh, nombor passport dan nama partner baru laa I percaya. Terus I gelabah sebab lagi seminggu dah nak terbang. Nasib la Germany tak memerlukan visa. Kalau tak, memang tak sempat laa kan. Staff ESPN pon cakap diorang agak lewat announce dan uruskan hal-hal persiapan nak hantar winner ke sana. Memang agak kalut la kami berdua. Apply cuti, keluarkan duit, tukar duit, prepare apa-apa yang patut. Nasib baik sekali lagik passport kami masih valid. Rezeki-rezeki. Trip ke sana ditanggung semuanya oleh pihak MyEG dan ESPN. kami bawak duit poket untuk makan dan shopping sahaja. Tiket flight pergi balik, hotel dan transport dari airport ke hotel, dari hotel ke airport semua disediakan. Kami naik Mercedes u'ols! Terasa VVIP sangat. Haha. Alhamdulillah. Rezeki suami, I tumpang sekaki =)

Hadiah kemenangan suami =)

Inilah hadiah yang membawa kami suami isteri ke Germany. Ada jugak cerita lawak, suami dok risau tunggu agen yang uruskan trip nih call. Janji nak call, tapi tak call. Then suami call agen tuh. Skalik agen tuh cakap diorang tak jadik hantar. Suami dah gelabah dah, sekalik dia cakap 'Gurau jek'. Haha. Kesian suami I, tak baik tau encik agen buat lawak macam tuh. Hehe.





18 Mei 2012 hari yang sangat ditunggu-tunggu. Kitorang akan terbang ke Munich. Flight dengan Emirates, berlepas dari KLIA ke Dubai Airport jam 2.00 pagi. Pukul 9.30 malam 17 Mei kitorang naik LRT dari Putra Gombak ke KL Sentral dan naik ERL ke KLIA. Dalam pukul 11.30 malam macam tuh, kitorang check in dan lepak kat Oldtown White Coffee dekat Departure Hall. Lama jugak la melepak. Semangat punya pasal. Haha. 
Muka jek nampak cool, padahal tak sabar :p
Penerbangan ambil masa 6 jam 30 minit dari KLIA ke Dubai. Flight pukul 2.00 pagi kan, sampai Dubai pukul 4.30 pagi waktu sana. Haha. Tak ke pening kepala aku nak biasakan dengan perubahan masa. Kami transit dalam 4 jam, tapi serius tak terasa lama sebab eager sangat kan. Hehe. Pastu Airport Dubai sangatlah meriah. Ramai orang walaupon pukul 4.30 pagi. Banyak flights ke Europe yang transit sana. Penerbangan seterusnya dari Dubai ke Munich berlepas jam 8.35 pagi. Lagi 6 jam lebih duduk dalam flight. Kebas bontot kaki semua. Huhu. Suami sampai 2 kali ulang tengok Real Steel. Hehe.
 
Ahkak yang gembira menumpang kemenangan suami kat Dubai Airport =)
Bye-bye Dubai! Hallo Munich!



Ok, cukup sampai sini dulu. Nanti I sambung cerita setelah kitorang selamat sampai kat Munich. Macam mana dengan hotel? Macam mana dengan orang German? Macam mana dengan komunikasi kat sana? Tempat-tempat menarik kat sana? Nanti ahkak story mory later ok!

Gute Nacht allerseits! (Good Night everyone!) Byeee!

2 comments: