Monday, February 21, 2011

Shenzhen & Hong Kong Trip - Day 4

Shenzhen & Hong Kong Trip - Day 1
Shenzhen & Hong Kong Trip - Day 2
Shenzhen & Hong Kong Trip - Day 3


Assalamualaikum and hi everyone (chewah! Terus jadik baik sebab nak penuhi janji yang dah berapa bulan dibuat, sampai dah tak manis dah janji tersebut. Ampun!)

So, marilah kita sambung episod terakhir percutian kami di Hong Kong kira-kira 2 bulan yang lepas. Hahaha. Entry dan gambar kali ini adalah tentang Hong Kong Disneyland semata-mata. Ayuhh, kita mulakan pengembaraan bergambar kita! Sebelum itu, gambar adalah banyak. Jadik sila scroll laju-laju supaya u'ols dapat abehkan pengembaraan ini dengan cepat ;p



Suami isteri di hadapan pintu masuk Disneyland. Awal lagi time nih, dalam pukul 10 pagi.



Ahli-ahli geng pengembaraan ke Hong Kong Disneyland.


Sekali lagi suami isteri yang sama di lokasi yang sama.


Time nih dah masuk dah.


Hong Kong Disneyland ada beberapa lands yang boleh diterokai semasa pengembaraan ke Hong Kong Disneyland yer adik-adik. Antara lands tersebut ialah Fantasy, Adventure dan Tomorrow land. Untuk maklumat lanjut, adik-adik boleh bukak website ini http://park.hongkongdisneyland.com/ (haha..malas gilos nak explain)


Ini di Adventureland, ada rumah tarzan dan tarzan jugak di situ. Haipp! Hamboihh, ini suami kakak yer adik-adik, bukan tarzan. HAHAH.


Time nih tengah dalam train untuk mengembara sekeliling disneyland, lalu ternampak Snow White. 


Ehh, gambar nih patutnya di atas -___-"


Cantik kan rumah uncle Goofy :)




Gambar ala-ala diambil oleh paparazi. Tengok la mulut I sampai muncung-muncung dok bercerita.huhu.


Tomorrow land.


Ini di sepanjang Main Street USA. Banyak emporium yang boleh mendamagekan purse dan wallet.


Ceshh!


Main Street USA. Time nih tengeh tunggu Disney's character parade. Parade adalah pada pukul 11.30 am dan pukul 3.oo pm sahaja.




Excited lebih pulak beliau. 






Cantik. Colourful.


Owhh, comel sangat mereka 7 beradik nih. Rasa nak peluk-peluk.


Snow White lagi.


Ini Repunzel, bukan? Maklumlaa dah agak dewasa (tanak mengaku tua), jadik dah banyak lupa watak-watak disney nih.


She's Alice in Worderland!


Little Mermaid, kan?


Toy Story!


Ini kalau tak kenal, jangan mengaku la pernah jadik kanak-kanak!!


Auww, sexy la youu.


Ok, habis dah parade tersebut.




Nih ketika suami isteri berjalan berdua-duaan. Sebab adik-adik sebok nak main roller coaster dalam gelap tuh, apa nama tah. Abang dan kakak ipar kan dah dewasa. Tak elok terkejut-terkejut sangat (chewah, padahal takut nak main)




Kalau nak solat, boleh solat dalam guess room di City Hall ini.


Disneyland Fire Department.


Dah malam dah. Time nih pukul 6.30pm kot. Tengok la Mickey and Minnie datang melawat sebelum balik.



Gambar sebelum keluar dari Disneyland. Dah start sejuk time nih. kami tak tunggu persembahan bunga api penutup pon. Sebab show time pukul 9.00pm. Semua dah tak larat dah. Sampai awal kan.


Tamat laa pengembaraan di Hong Kong Disneyland! Bye-bye Hong Kong Disneyland. Hi-Hi Tokyo Disneyland. Eh eh eh?? InshaAllah. Hehe.

Sedikit informasi bagi sesiapa yang merancang untuk ke Hong Kong Disneyland:
  • Sila bawak bekalan makanan dan minuman. Simpan di dalam beg dan letakkan di dalam lokar di luar pintu masuk. 
  • Bila lapar, anda boleh keluar untuk makan di luar. Sebab tak boleh bawak masuk, tapi kalu berani curik-curik bawak, boleh jugak.
  • Jangan risau, anda bebas keluar dan masuk sebab staff kat situ akan cop tangan anda bila nak keluar. Jadik, bila dah kenyang nak masuk balik, diorang akan scan tanda yang diorang cop tuh.
  • Kalau agak-agak dah bosan melampau kat situ, jalan la sikit, naik train dan pegi shopping! Banyak jugak outlet berdekatan, tapi still kena naik train laa.

Tamat sudah kisah percutian I di Shenzhen dan Hong Kong. Yeayy!

No comments:

Post a Comment