Wednesday, September 30, 2015

Kuantan Trip - Run & Travel

Assalamualaikum & haluuu!

Kembali menulis. Kembali untuk berkongsi cerita di blog ini. Sebenarnya, niat nak tutup je blog ni. Tapi bila fikir balik, elok jugak dijadikan tempat catatan travelogue kami suami isteri. Tempat simpan kenangan gitu. Hehe. Maka, revamp balik blog. Delete semua entry lama yang kebanyakannya entah apa-apa tu, jadikan tempat catatan travelogue. Biar lah cuti-cuti Malaysia sekali pun, seronok jugak bila baca balik, kan? Hehe.

Ini trip pertengahan tahun 2014. Hahaha. Lama, kan? Tapi takpe, InshaAllah masih ingat lagi pasal trip ni. Tujuan utama kami ke Kuantan adalah untuk berlari. Kami suami isteri selalu jugaklah join running event. Masa ni event Kuantan Half Marathon. Suami join half marathon (21km) dan isteri join 10km. It was 2 days 1 night trip.

Sesampai di Kuantan, kami check in Hotel Seasons View. Kami menginap semalam di situ. Semalam lagi di Hyatt Regency. Berehat, solat dan terus bersiap untuk pusing-pusing Kuantan. Kami ke Dataran Kuantan, Stadium dan Zoo Teruntum di mana kami pergi untuk race kit collection jugak. Malamnya kami dinner di kedai makan berhampiran hotel saja memandangkan esok kami kena bangun awal untuk berlari. Hehe.




Selepas selesai menyeksa diri berlari, hahaha, kami balik ke hotel untuk breakfast dan berehat. Bergolek-golek cover tidoq. Then check out dari Hotel Season View. Kawan suami yang tinggal di Kuantan ajak kami lunch di Akob Patin House. Kata orang, kalau sampai Pahang tapi tak makan gulai tempoyak ikan patin, memang tak sah trip tu. Hehe. Alhamdulillah, kenyang perut kami.



Then kami bergerak ke Teluk Cempedak dan check in di Hyatt Regency. Rehat sekejap dan keluar untuk minum petang.



Dengan bantuan kawan dan Waze, sampailah kami ke Cendol Air Putih. Cendol yang famous di Kuantan. Serius memang sedap. Ya Allah, teringat-ingat pulak. Haha. Kalau sesiapa pergi Kuantan, please makan cendol dan ABC kat sini. Rugi tak try!




Lepas pekena cendol yang sedap tu, kami pulang ke hotel. Bersiar-siar di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Balik hotel untuk solat dan bersiap untuk dinner. Kami pilih untuk dinner di Ana Ikan Bakar Petai. Tapi tak order ikan bakar petai pun. Haha. Ini pun antara tempat wajib pergi dan makan di Kuantan. 



Esoknya bangun awal untuk breakfast di hotel. Lepas breakfast, kami berjalan ambil angin di pantai. Pantai yang dalam compound Hyatt Regency lebih bersih dan terjaga. Orang pun tak ramai. Lama jugak kami kat situ. Seronok main air. Hehe.




Sampai masa untuk check out. Kami terus pulang ke KL. Sejak rajin join running event, banyak jugalah run and travel trip kami. InshaAllah, will be updated soon. Thanks for reading!

Saturday, September 26, 2015

Travelogue

Assalamualaikum & haluu!

I'm back! We're back! More to update. InshaAllah. Soon.




"Once a year, go someplace you've never been before." - Dalai Lama

Tuesday, February 4, 2014

Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang {5th Wedding Anniversary}

Assalamualaikum & haluuu!

Sempena our fifth wedding anniversary pada 22 November 2013 tahun lepas, kami suami isteri telah mengadakan impromptu plan dengan bercuti ke Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang. Memang impromptu sangat sebab pagi anniversary tu kami berdua cuti. Then membebel-bebel kat rumah, takkan sambut anniversary kat rumah je kot. Suami macam biasa, suruh I fikir. Huh. Mula-mula I nak ajak suami pergi Grand Lexis Port Dickson. Tapi bila call, kena book few days earlier katanya. Search punya search, google punya google, terjumpa Golden Palm Tree ni. Dulu pernah teringin nak pergi. So, bersiap laa kami menuju ke Sepang. Tapi sebelum pergi I dah call tanya ada available room tak. Staff kata ada dan boleh walk in. 

Sampai-sampai, terus ke lobby untuk check in. Sekali staff kat situ kata family room saja yang available and harganya sangat tidak masuk akal memandangkan kami hanya berdua. Nak buat apa bilik besar dan ada 2 king size bed. Suami dah frust dah. Keluar la kami ke kereta dengan perasaan agak kecewa. I lagi laa rasa bersalah. Tiba-tiba I rasa nak call balik. I tanya ada bilik untuk dua orang? And guess what, still adaaaa! Seronoknya. Terus phone booking walau pon kami memang dah ada kat resort tu. Haha. Dapat booking number, terus masuk untuk check in. Nasib baik staff yang lain entertain kami. Hehe. Dapat kunci, dapat map sebab resort ni luas jugak. Tunggu buggy dan ke bilik lah kami. Resort ni kan bentuk pokok kelapa kan. Bilik kami kat kawasan batang pokok. Haha. Kira tak ke tengah laut sangat laa. Bagus untuk kami yang suka fikir macam-macam ni. Nak bercuti kat water chalet, tapi takut ombak laa tsunami laa. Huhu.

Masa kami pergi, cuaca sangat baik. Cerah dan panas. Hehe

View dari balcony. Bilik-bilik kat sana tu kira kat pelepah-pelepah pokok kelapa laa.

Sampai-sampai bilik, terus lepak kat balcony sampai ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa. Chewah.

Kalau dapat katil macam ni kat rumah pon best.

Pemandangan semasa senja. Subhanallah. Cantik sangat.
Lepas maghrib, siap-siap dan keluar dinner di Bagan Lalang. Kami cari kedai makan yang dekat-dekat dengan resort jek. Makanan kat situ sedap-sedap dan murah. Tapi I tak ingat kedai makan tu nama apa. Huhu. Sorry! Lepas dinner, balik bilik tidoq.

Pemandangan pagi.

 Esoknya, bangun dan pergi breakfast kat coffee house. Then ambik basikal yang memang disediakan untuk penghuni kat resort. Pusing-pusing keliling resort. I dah laa lama tak naik basikal. Melelong-lelong dibuatnya. Haha.



Cuaca pagi yang cerah dan panas.

Ada jugak gambar berdua. Minta tolong pekerja resort ambikkan.

Resort ni dua tingkat. Bilik kami di tingkat atas. Rasanya family room di tingkat bawah.

Bye-bye Golden Plam Tree Resort!

Kalau nak ke sana, ikut jalan ke LCCT. Terus sampai masuk Sepang dan nanti ikut jek signboard Golden Palm Tree Resort. InshaAllah tak sesat. Sila buat phone booking sebab takut jadi macam kami dan harga walk in adalah lebih mahal daripada phone booking. Kalau nak rasa short gateway di tempat yang privacy, boleh laa ke sini. Untuk maklumat lanjut, klik sini www.goldenpalmtree.com/‎

Thanks for reading! Byeeeeee!