Wednesday, January 20, 2016

Kuching, Sarawak - Day 1

Assalamualaikum & haluuu!

Kitak apa khabar tek?

November 2015 yang lepas, kami ke Kuching, Sarawak selama 4 hari 3 malam. Trip ini kira macam family day department suami sebab semua pun join sekali. Tujuan asal nak attend wedding colleague suami. Dah alang-alang sampai Kuching, diorang plan bercuti kat sana sekali. Hehe. Jom kami share aktiviti hari pertama di Kuching. 

Sampai di airport, kami dijemput oleh bas sekolah yang disewa sepanjang trip ini. Ye, kami naik bas sekolah. Haha. Rasa macam rombongan cikgu-cikgu sekolah. Bas sekolah pun bas sekolah laa. Janji aircond sejuk. Haha. Destinasi pertama, check in di Majestic Riverside Hotel. Stay kat sini sebab wedding esoknya pun kat hotel ni. Letak barang, solat dan rehat sekejap. Then bersiap-siap keluar melawat Bandaraya Kuching. 

Group photo

Berjalan sekitar Jalan Main Bazaar. Banyak kedai menjual sourvenir di sini.

Bas sekolah kami. Hehe.

Sungai Sarawak.

Berlatarbelakangkan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baru

Bangunan Mahkamah Lama yang dibina pada pemerintahan Rajah Kedua, Charles Brooke pada tahun 1883.


Jam 5.30 petang, kami menaiki Sarawak River Cruise untuk menikmati pemandangan bandaraya dan melihat matahari terbenam. Bayaran untuk menaiki cruise adalah RM65.00/ person dan mengambil masa selama 1jam 30minit. 


Orange juice for everybody

Astana, kediaman rasmi Yang Di Pertua Negeri Sarawak

Kediaman bekas Ketua Menteri


Almost sunset

Tarian kebudayaan Sarawak

Sunset
Pemandangan kampung seberang

Kami dinner di Gerai 25, Top Spot Food Court. Sedap juga food kami malam tu. Kenyang perut, hati senang. Hehe. Lepas dinner, terus balik ke hotel.

Oyster pancake 
Sekian hari pertama di Kuching, Sarawak. Thanks for reading!

Wednesday, November 25, 2015

Food Hunting : Rimba & Rusa, Sunway Nexis Kota Damansara

Assalamualaikum & haluuu!

Last Sunday was our 7th wedding anniversary. Alhamdulillah. We have had our own struggles, but each year we learn from it and it has been a blessing to us. It’s another year to create precious memories together, another year to discover new things to enjoy about each other. Semoga bahagia hingga ke Jannah. InshaAllah.

For this year, we celebrated our anniversary by going out for lunch and movie. When the husband asked where to eat, I just chose Rimba & Rusa Café, Sunway Nexis Kota Damansara. It’s simply because I happened to click on their Instagram and found out that I love their café’s decoration. Hehe. Dah 7 tahun, malas dah nak plan macam-macam. Ke Rimba & Rusa lah kita! Hehe.

Kami guna waze untuk ke sana. Rupanya kat area yang kami biasa pergi jugak sebelum ni. Masa sampai memang waktu lunch. So kami kena tunggu sekejap kat luar. Masuk ke dalam café, memang cantik decoration. Café taklah besar sangat, tapi ada dua tingkat. Just nice. 

Menu.

Decoration
Untuk choices of food and drinks, agak banyak pilihan. Selain main entrée, ada jugak cakes and desserts. Tapi kami tak try pun sebab dah kenyang makan pizza and steak. Price-wise, tidaklah murah sangat. Cuma kalau nak suasana café yang menarik, boleh la ke sini. Lagi best kalau datang masa tak ramai orang. Privacy sikit. 

Seven Years.

Pizza and steak for lunch.

Duduk makan, sembang, makan, sembang. Entah apa la yang kami sembang. Haha. Then kami pun bergerak ke E@Curve untuk menonton Mockingjay Part 2.

Everyday is Sunday.
So, that’s how we celebrated our wedding anniversary. Haha. The end. Bye!



Rimba & Rusa by Wondermilk
D-GF-01 Sunway Nexis, Kota Damansara, 
Persiaran Surian, Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor

Bukit Broga, Semenyih.

Assalamualaikum & haluuu!

Ini cerita 29 Ogos 2015. Seawal jam 4.00 pagi kami dah bergerak dari rumah ke Bukit Broga, Semenyih. It was our first time hiking Bukit Broga. Sampai sana dalam pukul 5.15 pagi. Terus mendaki ke atas dengan bantuan head lamp dan torchlight. Tapi tak risau sangat sebab ramai orang. Meriah suasana sepanjang pendakian. 

Sebelum memulakan pendakian.
Mendaki sehingga Peak 2. Solat subuh dan tunggu sunrise. Oleh sebab ramai sangat orang pada hari tu, pandai-pandailah cari spot nak solat dan lepak. 

Matahari mula menampakkan dirinya.


Yang menarik di Bukit Broga adalah lalang-lalang ni. Hehe.
Panorama view from Peak 2.
Love this photo!

Dah puas melayan sunrise, kami sambung mendaki ke Peak 3. Pun ramai jugak orang mendaki. Kena tunggu giliran nak memanjat. Hehe. 

Berlatarbelakangkan Peak 3.


Sesampai di Peak 3.

400 meter.

Us.

Masa nak turun barulah tau keadaan bukit tu macam mana. Masa mendaki kan gelap gelita. Hehe.
Turun dari Bukit Broga, kami pun terus bergerak balik. Sebelum balik, singgah breakfast dulu. Itulah cerita Sabtu kami. 


Life is full of adventures. But I'm glad that i had it with you. Thanks for a wonderful journey.